Friday, February 20, 2009

Maid oh maid

Assalamualaikum,
Baru nak buat entry. Actually tengah mengumpulkan bahan2 yang dikira agak menarik untuk my blog.
Mengapa maid??????? Sebab I really pening kepala memikirkan hal maid ni. Satu persatu menyusahkan orang instead of menyenangkan orang. My mother in law selalu kata " Eiiiiii. Sickening."
Mari menyusuri liku2 hidupku dengan maid ni.
ATIKAH (1999-2005)
Paling disenangi oleh all of us. 5 tahun lebih la Atikah di sini but she is my mother in law punya maid. Orangnya kecil tp rajin membuat kerja and memang pandai memasak. Nape saya cakap camtu? Sebab masakan dia sebijik masakan my mother in law. So dengan adanya Atikah, memang kami di rumah tu tak pernah masuk dapur langsung untuk memasak kecuali goreng telur kot. My mother in law pun tak risau kalau gi travel sebab ada chef yg mahir tu. Rumah pun bersih coz she was trained by the previous maid (Philipino).Atikah very naif and religious. Tp sedih sgt bila Atikah meninggalkan kami coz bapak dia paksa balik suruh kawin and also ada krisis sikit le. Sekarang, Atikah bekerja di Cheras. Majikannya berbangsa Punjabi. Atikah datang melawat ke rumah selepas hari raya tahun lepas. makin putih pulak minah Jawa nih.
LENI (2004)
Berasal dari Medan. Maidku yang pertama disediakan oleh my mother in law sebab baru bersalin. Usia sebenarnya 16 tahun tp biasalah ejen kan suka tipu umur. Leni dah ada anak masa tu berumur 2 tahun. Bila bagi mandi Husna and buat kerja apa pun selalu menyanyi-nyanyi happy. She's a happy go lucky person. One day, nangis bagai nak giler sbb anak sakit ada kat hospital. hmmmm. this is one of their tactic tp nampak mcm betul pulak minah nih. Diberi balik dan diberi kata dua, kalau dua minggu tak balik ke sini, maknanye kite cari orang lain. Frust dia balik tp tak sempat nak tgk anak coz anak dia meninggal masa dlm perjalanan balik ke Indon. Kali terakhir berhubung pada tahun 2005 dia cerita kerja kat Shanghai sbb nak hilangkan rasa sedih.
TRES (2006)
Berasal dari Jawa Timur baya 40an. Kerja kuat tp agak kasar sikit. Orangnye baik. Kerja sekejap aje coz terpaksa pilih sama ada Turinah atau Tres sbb maid masa tu ada 3 org. Anyway dia maid my mother in law tp tolong2 jg Khalis gak.
SURIATI (2006)
Berasal dari Medan dan umur sama ngan saya. Asalnya pembantu adik ipar tapi dihantar ke rumah sini sebab biras tak nak dia. tak tau kenapa. Jadi terpaksa kerja kat sini le. Akhirnya jadi my maid sebab masa tu pun tgh tunggu maid. Ok le jugak. Tapi kadang2 malas jugak. Selalu cerita pasal masalah dia ngan suami. Rupanye kata Mar (pembantu adik ipar) dia bini yg ketiga. patut le. Dia cakap nak sambung kontrak lagi setahun. Bila dah buat Medical Check up ngan FOMEMA untuk renew dia lari dgn Mar (pembantu adik ipar). Dia lari ngan jantan. Laki dia mengamuk kalau nak cerai bagi duit baru cerai. dah bagi duit tak cerai2 plak. Akhirnya kawin ngan laki yg dia lari tanpa dicerai suami. tak tau la org Indon ni. Punya kalut kat rumah masa tu. My Hubby balik rumah pagi tu and bawak budak2 keluar sekejap ikut cuci kereta. Balik2 si Suriati ngan Mar dah lari. Patutle bile kluar court tgk ada 24 missedcalls. Dah semua kena balik rumah immediately sbb masing2 ada anak kecil. Lepas dia lari,dapat result drpd FOMEMA. Sangkut tak lepas. Ada masalah kesihatan. Macam mana ejen kat sini buat mula2 boleh lepas ngan FOMEMA pun tak tau la. Dah rugi.....
TURINAH (2006)
Juga berasal dari Jawa Timur. Rupanya bersaudara dgn Tres. Diambil dulu oleh my mother in law, oleh sebab Suriati suka ngan dia coz boleh kerja satu rumah so saya pun ambil keputusan untuk menolak Tres. Kalau tak nanti gaduh sesama diorang plak. Kerja bagus dan pandai masak tapi di belakang suka sangat bergayut telefon. Suka sangat turun buat kerja kat Ground Floor. Rupa2nya selalu bergayut ngan boyfren tp mcm Suriati gak le sbb suami ada kat Indon. Saya dapat tangkap tengah lentuk maut kat sofa bilik tetamu sambil bergayut. Ingatkan tgh mengemop kat tingkat bawah rupanya dok bergayut. Turinah pun lari gak bila tamat tempoh 6 bln kat sini. Dia lari sebelum Suriati. Rugi lagi......
MAR (2006-2009)
Rupanya satu kampung ngan Suriati tp buat2 tak kenal masa dtg sbb Suriati bg amaran jgn ckp satu kampung. Asalnya pembantu adik ipar juga, tp lepas lari menangis nak balik kerja sini. Adik ipar dah tak nak dia. Si Mar merayu telefon saya. Bila pulak aku bg nombor telefon kat dia. oooo rupanya si Suriati yg bagi. Merayu-rayu dia, saya ckp saya kat Penang, nak balik telefon Puan Sri. So, my mother in law pun dengan cerdiknya cakap kat dia nak ambil depan balai polis klang. Akhirnya dia pun jd maid kitorang coz time tu rumah tak de maid, Suriati & Turinah dah lari sebelum tu. Sampai sekarang masih lagi kerja kat rumah. She really learn a big lesson. Tu la, lari ikut orang. Orang ada boyfren, awak takde sape2. Haa. last2 terkontang-kanting sorang2 sampai bengkak mata telefon merayu nak balik. Buat kerja bagus sebab dah merana masa lari dan duduk kat luar 3 hari. Makan tak sempurna. Sapapun buat tak tau kat awak. My kids really love her, maklumlah share maid ngan my mother in law agak lama jugak.
YUS (DIS. 2006-DIS 2007)
Berasal dari kampung dekat2 kampung Mar. Umur 35 tahun. Amatlah lurus bendul. Dulu kat Indon kerja kilang udang. masa nak amik dia ejen bukan main lagi puji dia. Pandai masak la. Kerja tukang masak untuk kenduri kampung le. Bila mai sini hampeh. Goreng telur pun terkial-kial. Ya Allah. Paling tak suka sbb malas mandi. Everyday my mother in law berleter suruh mandi. Masa Mar lari, dia baru datang. So bila Mar balik ke sini, Yus la jaga budak2 ni. But really took time that time coz diorang tak berapa suka Yus sbb masam kot especially Khalis. Nak cuci berak pun tunggu Mar cuci berak dia (betapa Khalis tak suka dia). Selalu kena marah ngan my mother in law sebab lembab sangat. When Khalis dah start suka dia, Yus nak balik tak nak sambung. So, kena ambil maid baru. Sementara tunggu maid baru datang she had to work for us. Bila dah dpt maid baru, belila tiket utk dia balik but it's after raya haji. Lari ikut maid yg baru. Tanggal 20 Disember 2007, pd pagi raya haji. Betapa bendulnye si Yus ni, dia telefon Mar inform yg Shamsiah (maid baru) byk ambil benda dr bilik saya. Sekarang ni dah kawin pun Yus.
SHAMSIAH (DIS. 2007)
Ini mmg maid yg paling aku tak sangka dia jahat. Hanya bertahan dua minggu. Paling sakit hati sbb ejen dia sampai skrg tak ganti org atau duit saya. Melayang macam tu saja. Buat kerja bagus gak. Rupanya bekas GRO. Masuk sebagai pembantu rumah sebagai batu loncatan utk masuk ke Malaysia. EEEIIIIIII sakit hati betul. Baru dua minggu kerja kat rumah macam2 yg dia amik. Habis barang kemas Husna dia kebas, telefon Yani (pembantu kakak ipar), sim card Mar, my Hubby nye travel bag dan mcm2 lagi . My policy, pembantu memang takleh masuk my bedroom. yg ni mmg licik. Masa kerja, bila dia susun baju Husna & Khalis kat almari luar, dia pun menyelinap masuk bilikku. Sambil menyelam minum air. Lari ikut laki jugak tp nasib baik dia ni mak jan. Takut lari sorang2 bwak Yus sekali. Yus takut bagai nak rak sebab tiket balik dah dibeli, akhirnye balik ikut bot sayur. Peristiwa yg tak dpt lupa sbb diorang lari masa raya haji. time tu tak balik Penang so beraya kat sini. Mcm nak sakit jantung bila pagi2 sesudah subuh my mother in law ketuk pintu inform depa dah lari. Raya tahun tu paling kelam kabut sebab jemput guest ramai gak. macam nak tercabut kaki dan tangan ni masa raya tahun tu.
SUNARTI (2009)
Ini maid gantian yg ketiga diberi ejen. Yg mula2 dtg pregnant dah 4 bln, hantar balik kat ejen. Ejen akan ganti. Bila dah ganti plak, tua sangat tp dlm passport umur 39 rupanya dah 51 thn. Budak2 ok tp tua sgt, my mother in law tak nak. So, hantar balik kat ejen. Ejen kata akan ganti. Hampir 6 bln barula ganti si Sunarti. Berasal dari Jawa Timur daerah Lamongan. Baik. Tak pernah kerja kat sini. Memang dari keluarga miskin tp amat pembersih. Dulu kat kampung kerja sawah. So dapat dalam 20 puluh ribu rupiah satu hari, dlm 7 atau 8 ringgit malaysia. Sebulan dapat tak sampai RM200. macammana nak hidup. anak 3 org, 2 masih sekolah lagi. Badan dia kecik. Berat 37kg je tp dia boleh dukung Husna macam takde apa2. Dia kata kat kampung dia angkat guni beras 50-60kg. Imagine kudrat orang kecik ini. Boleh nampak yg dia ni homesick. Susah nak makan sampai satu hari terpaksa tinggi suara suruh dia makan. terkejut si Mar tu coz Cik Shariza (panggilan saya di rumah oleh maid) memang tak pernah tinggi suara dengan maid. Kalau minum air kosong je. Saya memang particular bab makan coz takut diorang sakit kita pulak kena jaga diorang. Ni dah kes terbalik nih. Apa2 pun Husna & Khalis susah nak baik ngan this maid tak tau le nape. Takes time le sikit.
When we talk about maid, aduhhhhhh sakit jiwa dibuatnye. Hmmm. tp as my sister said maid ni rezeki masing2 kalau dapat baik punye le baik kalau dapat yg kureng. Lu fikirla sendiri. Bila share ngan org lain pasal maid ni semua mengeluh. Rata2 mengatakan:

1) Medical check-up kat Indon semuanye boleh dikatakan tipu belaka;
2) Malas especially yg berbadan besar;
3) Kadang2 buat bengap sebab tak mau buat kerje lebih;
4) Suka pasang laki kat sini;
5) tak boleh ada handphone nanti network depa byk;
6) Ada yg berpakat ngan ejen lps 3 atau 6 bulan lari keje kat gerai2 atau restoran.
7) Kadang2 passport depa pun passport tipu;
8) Umur jangan cakap le mmg tukar punye;
9) tak sedar diri, mmg tak sedar diri.

Tak tau apa lagi nak cakap pasal maid ni. Korang2 takde masalah ke? Boleh le kongsi cerite kat sini.