Tuesday, December 20, 2011

Saya menjadi jutawan pada usia 32 tahun

Saya di sini bukannya merujuk kepada saya tapi merujuk kepada jiran depan rumah.




Sebenarnya bukanlah berkisar kepada kekayaannya cuma saya tertarik untuk berkongsi rahsia kejayaannya dan juga rahsia mendidik anak2 yang saya fikir yang mana saya boleh ambil eloklah saya amalkan.




Semasa saya dan suami berada di depan rumah, jiran saya iaitu En. N baru saja balik dari kerja. tujuan utamanya menegur suami sebab dia nak offer kalau bercuti di PD untuk bawak anak2 tak payah sewa hotel sebab beliau sendiri ada chalet terapung di sana.




Sembang punya sembang masuklah bab2 mendidik anak2 & bagaimana beliau menjadi jutawan pada usia yg muda.




Menurutnya beliau menjadi jutawan pada usia 32 tahun. Muda bukan? Tapi katanya dia bermula dengan zero. Saya tertarik dengan ceritanya kerana tak sangka beliau tak malu bercerita mengenai kesusahannya kepada kami.




Mula2 kahwin, sejurus isterinya balik dr luar negara, beliau hanya mampu beli sebiji bantal & tilam untuk meneruskan hidup di sebuah rumah sewa di Kelana Jaya. Hidupnya pada 3 tahun pertama banyak ditanggung oleh isterinya yg berjawatan tinggi di MAS. Beliau bekerja sambil mencari pengalaman di bahagian logistik. beliau pernah bawak lori untuk mencari pengalaman & mengumpul duit. Dan beliau mengatakan betapa rasa syukurnya beliau kerana isterinya banyak menolongnya pada awal2 perkahwinan dan sanggup hidup susah bersamanya walaupun abang isterinya (seorang VVIP) mampu menanggung dan menolong mereka. Namun katanya biarlah susah senang mereka tanggung sendiri.




Apabila mendapat anak, katanya bila tiba waktu makan, beliau & isteri adalah orang yang terakhir makan. Katanya lagi kalau lauk habis dimakan anak2nya, beliau & isteri hanya makan nasi & budu saja. Dari situ bermulalah cerita bagaimana beliau mendidik anak2nya dengan cara sederhana sehinggalah sekarang walaupun anak2nya itu adalah anak2 jutawan. Katanya yang paling penting jangan manjakan anak2 dengan duit. Biar mereka usaha mencari duit sendiri baru mereka tau betapa susahnya mencari rezeki.




Masa anak2 perlu dipenuhkan. Contohnya, hantar anak2 ke kelas berenang, kelas martial arts atau kelas muzik selepas waktu sekolah atau pada hari sabtu atau ahad. Nasihatnya jangan sesekali membiarkan anak2 tanpa aktiviti terutama pada cuti sekolah. Harus biasakan anak2 mengisi masa lapang mereka dengan kerja2 yang berfaedah. Yang paling penting, anak2 perlu dilatih agar menjaga solat & sesudah solat mesti membaca al-Quran walalupun satu muka surat saja.




Katanya lagi segala permintaan anak2 untuk pelajaran harus kita tunaikan. Contohnya kalau nak pensil warna yang baru yang harganya agak mahal, katakan kepada anak bahawa pensil warna yg murah pun boleh pakai. kalau nak yg harganya mahal mesti belajar sungguh2 kalau dapat result bagus baru belikan. Segala apa yg kita janji mesti kita kotakan.




Sekurang-kurangnya mesti lakukan aktiviti hujung minggu bersama-sama anak2, contohnya bawak keluar makan, bersukan sekali & aktiviti2 yang berfaedah.




Yang penting adalah komunikasi dengan anak2. Tak perlu herdik, tengking kalau anak2 minta sesuatu di luar kemampuan kita. Perlu jelaskan kepada anak2 kenapa kita tak boleh berikan atau belikan mereka mengikut kemahuan mereka.




En. N bergitu berbangga kerana anak2 berjaya di dalam pelajaran dan pandai hidup berdikari di negara orang. 2 anak perempuannya berada di UK, yg sulong belajar di Taylor College dan bekerja sambilan di Subway & yang bongsu belajar di Sapura Smart School.




Beliau menyarankan agar kami manghantar anak2 ke Sapura Smart School kerana anak2 akan imrprove English dengan cepat. tapi memandangkan fees saja sudah RM12,000 setahun tak termasuk yg tambahannya terpaksa lupakan dululah nak hantar anak2 ke sana.




Saya respect dengan En. N kerana tak lokek tips2 kejayaannya & tak malu bercerita kesusahannya hingga beliau sampai ke tahap yang boleh beliau banggakan.




Saya percaya seseorang yang tak pernah give up dalam apa jua yang dilakukannya akan mendapat apa yang diusahakannya di samping berdoa & bertawakal pada Tuhan. Saya juga percaya sesorang itu tak kiralah apa jua agama yang dianuti sekiranya benar2 berpegang kepada agamanya & tidak mengenepikan agamanya walaupun sudah mengecapi kejayaan adalah orang2 yang berjaya dalam hidupnya. Contoh semuanya ada di sekeliling kami, En. N, jiran India selang serumah (Dato' ini sanggup buat bilik sembahyang yang cantik di rumahnya), satu2nya keluarga Cina di sini ( juga ada patung yang besar mengagungkan tuhannya) dan beberapa lagi jiran yang lain di sini.






Pokok pangkalnya ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu buat cara mampu, kalau tak mampu buat cara tak mampu. dan itulah yang saya ajarkan kepada anak2 yang saya fikirkan berkali ganda beruntungnya mereka ini kerana tinggal di rumah yang selesa sedari kecil, ada driver untuk ke sekolah, ada pembantu yang uruskan bila mana kami tiada di rumah...Ya ALLAH ...aku benar2 bersyukur dengan segala rezeki yang Engkau berikan...kerana di dalam kemanisan itu pernah dilalui dengan kepahitan...




Saya amat mengerti segala kesusahan yang dilalui En. N kerana saya pernah melihat, merasai, mengharungi pengalaman apabila suami saya terpaksa menutup perniagaannya dan bermula balik dari bawah. Alhamdulillah berkat sabar inilah yang kami miliki untuk keselesaan anak2 tanpa berlebih-lebihan...




Moga kisah En N boleh kita jadikan contoh dalam kehidupan semoga kita tidak bongkak, bermegah-megah dengan kekayaan yang kita miliki kerana semuanya hanya dipinjamkan olehNya di dunia ini.








Wednesday, June 1, 2011

My 8th Anniversary...

Assalamualaikum. Lama betul saya tak update blog ni...


Saya amat bersyukur kepada Dia yang Satu kerana sehingga ke hari ini kasih & sayang Hubby tetap macam dulu walaupun lawak2 dah masuk tahun kelapan tahun ini.


Sesungguhnya Allah jadikan Lelaki & Perempuan itu saling lengkap melengkapi... begitul jugalah dengan saya. Banyak perkara yang saya & Hubby boleh share & langsung tak boleh share.


Bab dengar radio selalu bergaduh sejak zaman bertunang lagi. Saya suka dengar lagu rancak, Hubby suka dengar lagu rock jiwang. Saya suka dengar siaran Hot FM sementara suami suka dengar Klasik FM, tak masuk taste saya langsung. Dulu waktu bertunang, saya takde kereta. so...bila Hubby cakap" Ini kereta Abang, suka hatilah nak buka siaran apa" terpaksalah ikut. Tapi sekarang dah ada kereta & penyokong kuat (siapa lagi kalau bukan my beautiful princess & my charming prince) boleh la tunjuk kuasa kat Hubby. Penyokong2 saya akan bagi komen seperti ini kalau Hubby buka Klasik FM, " Boring la dengar lagu ni Abah. Ngantuk la dengar lagu ni." hehe....(dalam hati) yey menang!


Bab makan pulak kalau ada telur masin, saya makan telur kuning sementara Hubby makan telur putih, so takdelah membazir. Bab makan banyak yg kitorang boleh share sbb dua2 suka makan cuma saya akan makan sedikit & Hubby makan banyak, saya makan lambat & Hubby makan cepat. Bab makan lambat memang saya berterus terang dengan Hubby since day one keluar makan dengan beliau & the best thing Hubby dengan sabarnya menunggu saya makan.


Yang paling penting, Hubby sangat menyokong dalam apa jua yang saya lakukan especially dalam hal bekerja. Hubyy galakkan saya bekerja semula sebab katanya " if anything happen to me you have something to survive" sebab katanya dia kerja sendiri anytime boleh naik dan boleh jatuh. Saya rasa bersyukur kerana Hubby tak pernah merungut pun kalau terpaksa hantar saya ke Court di luar kawasan KL sebab saya memang takut drive sendiri di luar kawasan yang saya tak familiar. Guru yang bagi konfiden untuk saya drive balik adalah Hubby. ada saja yang tak kena bila mula2 belajar drive dengan Hubby. kena tampar pehalah, kena cubit pehalah..(cubit2 sayang)..& now my father in law siap puji saya boleh drive any car yg ada dekat rumah tu (except X5 ayah le)..hmmm tengoklah siapa guru untuk refresher kalau bukan my own Hubby yg strict bab2 memandu ni...


Hubby juga tahan dengan sikap ketegaq & kepala angin saya ni sebab beliau memang seorang penyabar..Agaknya semua orang yang suka memancing tu memang penyabar kan?..tapi bab memancing saya tak boleh ngam...kalau nak izinkan dan sabar tunggu beliau saya boleh tapi bab memancing sekali saya memang "out".


Itulah lumrah suami isteri. Kejap ok. Kejap tak ok. Kejap gaduh. Kejap baik. Tapi itulah yang best. Bila gaduh sebenarnya akan mengeratkan hubungan suami & isteri lagi.. bila jauh, sms berjela-jela lebih orang bercinta lagi...


Anyway, Happy Anniversary to my Hubby yang sayang & terima saya seadanya, yang terima segala kekurangan dalam diri saya selama 8 tahun ni. Moga Allah panjangkan jodoh kami. Moga Allah tambahkan zuriat kami. Moga Allah bukakan pintu rezeki buat menampung anak2 kami yang cerdik ini. Syukur yang tidak terhingga dengan apa yang Allah berikan selama ini. Ya ALLAh semoga kau tetapkanlah hatiku untuk suamiku, hati suamiku untukku hingga ke akhir hayat kami. Amin...


Alhamdulillah....