Friday, January 22, 2010

Selamat Datang 2010

Salam semua.... rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kengkawan.... Masuknya bulan Januari seperti kebiasaan saya adalah orang pertama di dalam keluarga yang menyambut harijadi pada awal tahun...termasuklah suami saya....
Melangkah ke tahun 2010 ni semoga segalanya akan berubah terutamanya dari segi ekonomi... saya merasa sakitnya tahun lepas berbanding tahun2 yang lain kerana pendapatan byk bergantung kepada Conveyancing esp bank loans.... tetapi tahun lepas agak kurang berbanding tahun -tahun yang lain dan alhamdulillah masih ada lagi rezeki yang diberikan olehNya.....
Pabila menjengah ke tarikh 6 Januari.... perkara pertama yang saya buat adalah menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah Mat, bapa saudara saya sebelah Mak yang meninggal pada ketika saya sedang menunggu apakah hadiah yang akan Ayah belikan untuk saya tetapi terpaksa bergegas pula ke kampung kerana menerima khabar berita bahawa beliau sudah pergi meninggalkan kami pada tahun 1987. Beliau adalah bapa saudara yang paling saya rapat mungkin kerana arwah single kot.
Pak Ngah Mat meninggal kerana leukimia. Arwah merahsiakan perkara ini sampailah sakit teruk baru kami semua tahu. dan salah satu sebab Arwah tak mau kahwin adalah disebabkan penyakit ini kerana baginya umurnya tidak panjang.....
Arwah melawat kesemua adik-adiknya di KL, Pahang & Penang dan tinggal di kesemua rumah adik-adiknya termasuklah rumah kami yang paling lama. Saya masih ingat lagi apabila melihat wajah kami semua, arwah akan merenung sedalam-dalamnya seakan tak mahu melepaskan pandangan sedikit pun...
Suatu ketika dulu arwah bekerja di Singapura tetapi apabila sakit arwah balik ke Malaysia. Kami adalah orang paling gembira kalau PakNgah balik kerana arwah akan belikan the latest gadget pada ketika itu. Seingat saya Game & Watch, jam tangan digital berjenama Casio & Seiko (hebat la ketika tu bagi budak2 kecik).
Saya dapat melihat sengsaranya Pak Ngah menanggung kesakitan selama tinggal di rumah...muntah.....kadang2 beradoi sakit sambil urut kakinya.....Arwah yang tak pernah marah Abang saya juga kekadang marah ketika mana beliau sakit yang teramat sakitnya.....
Arwah sangat suka masakan Mak mungkin kerana masakan Mak seakan masakan Arwah Tok Puan. Pada hari arwah meninggalkan kami beliau teringin air jagung. Namun tak sempat minum apabila dibelikan air jagung...menurut arwah Mak Chaq darah memancut keluar dari tiub seakan-akan menunjukkan bahawa tubuhnya tidak boleh menerima darah lagi...dan dengan senangnya meninggalkan kami....
Seingat saya itulah mayat yang pertama yang saya lihat dalam keadaan tersenyum bahagia.....
Selepas itu tiada lagi Azan yang berkumandang dari suaranya....tiada lagi orang yang naik basikal tuanya ke madrasah yang berdekatan....tiada lagi orang yang suka baca Utusan Jawi......tiada lagi orang yang akan belikan kami jam-jam terbaru dari Singapura...yang tinggal hanya batu nisan bernamakan Ahmad bin Hj Abdul Aziz...
Itu menjadi satu sebab mengapa saya tidak suka menyambut hari jadi secara meriah.....cukup hanya sekadar meraikannya bersama kawan2 saya (semasa belajar di Almashoor dan UIA namun kadangkala terlanggar juga apabila meniup lilin yang mana ditegah oleh Ayah kerana ini amalan orang Yahudi) dan sekarang ni bersama suami & anak2 dengan hanya sekadar lunch or dinner birthday yang mana tahun ni belated birthday lunch oleh Hubby....thanks a lot to my Hubby yang meluangkan masa walaupun sibuk sepanjang minggu....
Saya amat berterima kasih kepada kawan2 yang tak pernah lupa saban tahun mengucapkan hari lahir melalui telefon, emails dan terbaru di FB....Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat Pak Ngah Mat yang tiada anak untuk doakan kepadanya memandangkan Arwah tak pernah berkahwin......Al-Fatihah buat arwah yang telah 23 tahun meningglkan kita di sini.....