Tuesday, August 11, 2009

Resepi Laksa Penang

Salam semua..... rasa macam lama tak masuk blog ni. Hari ni resepi saya ditujukan khas buat Adik Siti Rashidah yang lama tertunggu-tunggu resepi ni tapi bagi sesiapa yang nak mencuba dipersilakan dengan segala hormatnya. Harap dapat mencuba untuk juadah berbuka nanti.
Laksa Penang
Bahan2:
1 bungkus laksa (direbus & ditoskan airnya)
1 kg ikan kembung/ikan sardin-ditambah lagi kalau nak kuah pekat
4 sudu besar cili mesin (dicampur sikit bawang besar)
4-5 keping asam keping/asam gelugor
1/4 keping belacan atau sesedap rasa
2-3 btg bunga kantan
Satu ikat daun kesum
Batang daun pudina -satu ikat
Garam secukup rasa
Bahan2 rampai laksa
Bawang besar-dihiris nipis2
Cili merah/ cili padi-dihiris nipis2
Nanas-dihiris nipis2
Daun pudina
Daun selom- dihiris nipis2
Daun pucuk gajus-dihiris nipis2
Timun-dipotong kecil2
Daun salad-dihiris nipis2
Limau kasturi/limau nipis
Cara2nya:
1) Rebus ikan bersama asam keping & sedikit garam. Bila dah masak toskan ikan2 dan jangan buang air rebusan tadi bersama asam keping.
2) Asingkan isi ikan & tulang. Isi ikan ditumbuk dalam lesung atau kalau malas, blend aje...
3) Sementara itu, blend tulang ikan & tapis tulang2 yang diblend dengan air sampai bersih. Air tapisan & isi ikan dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi ke dalam periuk.
4) Panaskan periuk dan masukkan cili, belacan, bunga kantan, daun kesum dan batang daun pudina.
5) Bila dah mendidih masukkan garam secukup rasa. Kalau nak masam lagi tambahlah asam keping awal2 lagi.
6) Laksa yang telah direbus dihidangkan dengan bahan2 rampai di atas. Sesetengah orang masukkan otak udang di dalam kuah tapi terpulang kepada individu tersebut.
So, selamat mencuba. Kepada Kamal yang rindukan laksa arwah maknya moga2 berpuas hati dengan resepi ni....

Monday, June 29, 2009

Kurang ajarnya dia!!!!

Panas telinga ni bila dengar cerita daripada Mak Mertua. Peristiwa berlaku pada hari Khamis minggu lepas semasa Mak Mertua nak parking di Plaza Masalam.
Mak mertua lama menunggu nak parking di depan restoran nasi kandar kat Plaza Masalam. Bila kereta tu dah keluar, Mak nak masuk tapi takde angle sebab ada kereta Frontier (kalau tak silap) double park kat situ. So Mak Mertua pun reverse la kereta dia. Tup2 masa nak masuk parking ada la mamat kereta Honda hitam ni, terus curi masuk parking kat tempat yang Mak dah tunggu lama. Mak pun turunkan tingkap sambil tegur la kat Mamat tu.

Mak Mertua: Mak cik dah lama bagi signal apasal masuk parking kat sini? secara lembut.
Mamat Honda: Sebab Mak cik tu bodoh. Parking pun tak tau. Mak cik bodoh. Jerit dia kat Mak.
Dia tak sedar gelagat dia yang mengherdik Mak Mertua disaksikan oleh kebanyakan customer restoran tu.
Selepas tu Mak pun pusing lagi satu round cari parking dan dapat parking berdekatan dengan Autopay machine. Tanpa Mak sedari mamat Honda ni keluar parking tadi dan ekori kereta Mak. Dia parking temporary kat tepi tu, dan kejar Mak. Sampai kat anak tangga, dia berdiri beberapa anak tangga di atas Mak. Sambil menuding jari kat Mak dia cakap;

Mamat Honda: Mak Cik tau tak, Mak Cik tadi dah malukan saya di depan orang.
Mak Mertua: Mak cik nak tanya. Sapa cakap bodoh dulu. Kau la bodoh sebab panggil Mak cik bodoh. Mak cik ni dah la lama tunggu parking, kau cakap mak cik bodoh pulak. Kau tak tau ke hormat mak cik. Mak cik ni dah tua.- Mak cakap tiba2 je dia dapat keberanian tinggikan suara kat Mamat Honda tu.

Mamat Honda tu terpinga-pinga sebab ramai dah tengok diorang. Dia blah macam tu aje sambil tutup muka ngan tangan .

Berdekatan Mak ada 2 orang mamat yang berhenti memerhatikan saja Mak ngan Mamat ni. Depa ni pada pandangan Mak just to get prepare in case Mamat ni tolak or pukul Mak. Rupa-rupanya depa kenai Mak coz depa called her Puan Sri. Depa pun tanya mak apa citer. Mak pun citer apa yang terjadi.
Rupa-rupanya, menurut orang kat situ jugak, ada orang kat restoran ketawakan Mamat Honda sebab amik parking Mak dan jerit kat Mak " Mak Cik bodoh". Sebab malu dan geram, dia kluar balik dan kejar kereta Mak tanpa Mak sedar dr awal.
Bila dengar citer ni, berderau rasa darah. Manusia apa ni? Tak tau langsung hormat orang tua. Dah la tak sabar, herdik & tengking pulak Mak. Kurang ajar betul. huh nasib baik Hubby takde kat situ, kalau ada memang sah akan kena penampar ngan Hubby sebab herdik mak dia.


Tuesday, June 23, 2009

Huh! Rasa nak termuntah

Uwek!!! Itulah ekspresi diri saya sekarang ni. Nak termuntah dek kesibukan tiap2 hari yang ditempuhi tanpa si Mar tu (maid). Saya pulak tengah tunggu maid yang baru. Bila Mar kata nak balik kampung seminggu, adoooo dalam hati dah agak dah apa yang akan berlaku.
Mak mertua lagi la kesian. Terkejar-kejar memasak kat rumah sorang2. Nasib baik si Yani (maid kakak ipar) ada juga tolong Mak Mertua. Semalam Mak kata rasa macam nak demam.
Rutin harian saya berubah bila takde Mar. Tiap2 hari kena make sure sebelum 6.30 dah kena ada kat dapur to prepare breakfast. Tak larat nak buat awal2 memandangkan saya siap mengemas dapur pun habis dalam pukul 9 ke 9.30 malam pada malam sebelumnya. Kena buat kerja cepat2 coz must make sure dah siap by 7 coz anak2 nak ke sekolah by 7.30.
Memandangkan saya agak lembap sikit bab2 penyediaan makanan pada waktu pagi maka, malamnya saya dah prepare utk esok. Contohnya kalau esok pagi makan spaghetti, malamnya saya dah rebus dan buah kuah siap2. Esoknya cuma hidangkan saja. Kalau buat bihun atau nasi lemak saya dah potong bahan2nya, esoknya cuma tunggu masak je. Susunan kat meja makan utk breakfast dah susun siap2 malam tu lepas kemas dapur. Kadang2 Husna tolong susun piring makan, sudu garfu dan tisu sebab kesian tengok Umminya yang kepenatan.
Buat kerja rasa macam nak tercabut jantung. Lepas sembahyang buat breakfast, lepas tu siapkan anak2, bila diorang dah gi sekolah gi mesin baju. Pastu kemas dan sapu dapur. Pastu prepare sup budak2 untuk lunch. Kalau ada apa2 yang boleh dibantu untuk lunch tolong potong bahan2 untuk memasak kat mak mertua. Pastu kemas bilik, mandi dan siap utk gi ofis. Sebelum gi ofis saya jemur baju dulu. Kadang2 bila tengok baju tak sempat nak mesin tapi bakul dah ada kat bilik mesin, mak mertua saya yang baik hati tolong mesinkan baju masa dia menyiram pokok2 kat bawah tu.
Bila balik kerja pulak, dah singsing lengan baju siapkan meja makan untuk makan malam. Hidangkan lauk jer coz mak mertua dah masak. Suap anak2 kalau diorang tak makan lagi. Kadang2 mandikan si Khalis yang baru bangun tido petang. pastu makan malam siap2 kalau Hubby balik awal, buat susu anak2 & milo hubby barula naik atas mandi dan sembahyang Maghrib.
Lepas sembahyang turun bawah balik untuk kemas dapur dan masak air. Sambil2 tu potong bahan2 untuk breakfast esoknya. Habis kemas baru ke bilik untuk tidurkan anak2 dan apalagi saya pun belayar sekali la. Kepenatan yang amat sangat.
Hari minggu pulak saya rasa kerja tak berhenti dari kul 6.30 pagi sampai ke malam. Berhenti pun cuma makan je kot. Sampaikan saya tunggu Khalis buat homework sambil lipat baju. Bila saya menyapu sampah sendiri barulah tau rupanya sampah banyak terkumpul kat bawah sofa. Eiii malas betul maid adik ipar & kakak ipar yang tolong sapu tiap2 hari. haaaa selonggok sampah saya kumpul sampai mak Mertua terkejut. Kesian Mak Mertua plak asyik kata bagai nak demam.
Ya Allah bila la si Mar ni nak balik, janjinya hari Sabtu lepas tapi dia call inform yang bot rosak tak boleh balik lagi.
bagai nak termuntah rasanya saya buat kerja2 ni. Barula saya rasa macam mana kalau takde maid. Kesian betul kat kawan2 yang bekerja dan takde maid. Dapat saya rasakan begitu memenatkan. Macam nilah mak saya jaga kitorang kecik2 dulu. Bezanya mak tak kerja adala rest sikit. tapi yang saya rasa terharu sangat sebab dulu saya selalu tolong mak kat dapur sekarang Husna pulak tolong saya walaupun she's just 5 years old tapi dah faham akan selok belok dapur.
Saya tunggu Mar balik dan apalagi Spa time le!!. Nak berehat dan manjakan diri yang kepenatan nih.

Monday, June 8, 2009

Balik Penang

Akhirnya, setelah tolak tambah ngan masa Hubby, maka esok saya dan anak2 beserta Mak dan Mak Cik saya akan berangkat balik ke Penang. Seronok Khalis sebab dah berbuih-buih mulut dok tanya bila nak balik Penang? Bila nak jumpa Atok?

Lega dapat cuti sekejap sampai habis minggu ni. See you all next week.

Penang! Here we come!

When u are under drug........

Salam semua,

Just nak share with all of you bagaimana rasanya berada seakan di awang-awangan. Akibat selsema dan batuk yang tak kebah2, saya pun gi DEMC ambil ubat ngan Husna hari Jumaat lepas. Masa gi amik ubat kat kaunter saya diberitahu bahawa ubat batuk can cause drowsiness, so takleh makan ubat kalau nak drive le atau kerja-kerja teknikal. Maka hari tu akibat keletihan drive dan sakit kepala ,saya pun makan malam dalam pukul 6.30 petang dan terus makan ubat.

Saya pun buat siap2 Milo & susu Khalis and Husna dan diorang kata tak nak tidur lagi. Dah siap mandi saya suruh budak2 habiskan susu sambil tengok CD dan saya pesan kat Khalis tutup TV dan DVD player sendiri coz Ummi nak tido awal. Selepas itu saya tak sedar apa2 pun. Lalokla katakan.

Alih2 Mak Mertua saya tanya semasa breakfast, "Sedar tak semalam, semak2 kat tanah kosong sebelah rumah kita terbakar semalam?" Saya cakap memang tak sedar sebab makan ubat batuk. Berpeluh- peluh Ayah Mertua padamkan api ngan Si Tik (guard) tu. tapi tak berjaya juga. Akhirnya, Home Guard pun telefon BOMBA la. Mesti Home Guard nampak api marak sebab post guard diorang kat simpang bawah tu. Memang boleh nampak jelas. Ayah Mertua nampak ok je tapi dalam hati tuhan je yang tahu, sebab Ayahlah yang bakar sampah kat semak samun tu. Geram sangat. Patut la dekat2 Maghrib, Ayah baru keluar ke depan sambil pakai "uniform" berkebun dia. Saya pun heran. Normally, dekat Maghrib Ayah masuk rumah tapi hari tu baru nak keluar. Rupa2nya ada agenda, Ayah nak bakar sampah sebab kat semak samun tu menyebabkan rumah ni dah banyak nyamuk. Tak nak bagi orang nampak la konon. Alih2 dalam pukul 10 mlm api tak padam2 malah marak lagi. Ayah dah gelabah sebab orang BOMBA kata ni mesti kes bakar sampah lah ni. Mak kata masuk je rumah Ayah asyik kata " Alamak, mesti I kena saman lepas ni sebab bakar sampah kat situ."

Sebenarnya, rumah banglo kat sebelah dan bawah terbengkalai. Tu yang banyak nyamuk tu. Ayah geram sangat bila tengok kulit cucu2 dia especially Khalis & Alma yang berbintat-bintat digigit nyamuk.
Kejadian satu lagi berpunca daripada saya sendiri. Pada pagi Sabtu tu, selepas dengar cerita pasal kebakaran tu, saya pun amik keputusan makan ubat lambat sikit. Mak Mertua cadangkan kepada saya buat ayam percik. Perghhh. Dah lam tak makan. Dah pukul 10.30 saya makan ubat. So, lepas tu saya pun bakar ayam2 tu separuh, dan masukkan sos ayam percik. Mak pesan, buat dua pinggan, satu lagi bakar sebelah petang. Akibat malas nak buat kerja dua kali, maka sayapun, bakar la ayam dalam kedua-dua pinggan (anggaran hampir 18 ketul ayam). Lepas tu Husna merengek-rengek nak tidur sebab dia pun makan ubat batuk. Saya pun perlahankan api oven ke 50 darjah takut hangit. Dalam 5 minit lagi masaklah sebab saya guna api bawah & api atas. Saya ke depan dan duduk di sofa menepuk-nepuk Husna.

Alih2 saya terlelap. Saya terjaga bila terdengar kokokan jam ayam kat hall. hah dah pukul 12.00.Alamak ayam aku kat dapur. Bila saya ke dapur. huh hitamnya bahagian atas sebab dah lebih 15 minit dari waktu yang saya tetapkan. Tapi sos ayam percik masih ok. Semasa keluarkan ayam tu, Mak Mertua melintas di depan saya. Dia terkejut." YA Allah. Hitamnya ayam ni. Laaa. Bakar dua2 pinggan sekali ke?" hah saya yang dalam keadaan agak blurr sambil cakap. "Tak sedar. Terlelap tadi lepas makan ubat batuk.". Saya macam rasa sedar tak sedar je. Saya angkat ayam tu dan pesan pada Mar, potong bahagian atas yang hitam tu. Saya naik ke atas dan tidur balik sampai pukul 1.30. Bila bangun, saya tengok Husna & Khalis pun tidur sekali atas katil saya.

Saya turun ke dapur. Dalam hati mesti takde orang nak makan nih. So, saya pun makan la ayam percik ni sorang2. tapi yang buat saya terkejut, ayam percik ni laku jugak sebab tinggal seketul lepas Hubby makan pada waktu petang. Ayah mertua pulak meratah ayam ni lepas balik main golf dan tak sedar yang menantu dia dah masak ayam hangit. Tapi dek kepakaran Mar (maid) memotong bahagian hangit, semua orang tak perasan. Alhamdulillah.
Ini membuatkan saya terfikir patutla mat-mat gian cari ubat batuk sebagai alternatif bila "benda" diorang takde. Lalok giler makan ubat batuk ni. Mau taknye, BOMBA datang pun saya tak dengar. Ayam hangit kat dapur pun saya tak sedar. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. So, kalau nak makan ubat batuk kena timing betul2. Silap timing habis ler.
Lagi satu kalau Mak Mertua pesan, jangan langgar pesan dia. Haa. Tulah banyak pengajaran saya dapat hari tu.

Friday, June 5, 2009

Happy Belated Birthday Mak







Semalam Khalis menyanyikan kepada Mak lagu Happy Birthday dengan suara yang sengau dan serak-serak basah dek selsema yang masih berbaki lagi. Mak tak leh cakap lama-lama coz Manja (Adik bongsuku) nak bawak kluar belanja Mak makan sempena her birthday.


Semua orang sayang Mak kita kan. My Hubby selalu membebel-bebel pasal Mak Mertua, tapi selalu saya cakap, "Alah, apa2 pun your mother. Syurga kan bawah telapak kaki Ibu." Walaubagaimanapun, nampak perubahan yang ketara apabila Hubby melihat sengsaranya saya di labour room lebih kurang 1 jam lebih semasa melahirkan Khalis. Hubby lagi appreciate Mak Mertua and saya selepas itu.


Mak saya bernama Seleha binti Hj. Abdul Aziz. Lahir pada 4 Jun 1951. Emak agak tegas tetapi amat lemah lembut. Kalau nak pukul anak2 jarang sekali, tetapi saya rasakan saya la anak yang paling banyak kena cubit sebab "ketegaq" atau degil. Kalau saya nak yangtu yangtulah. Jangan suruh buat yangni. Degil2 pun saya paling rapat dan pandai masak masakan Mak.


Mak sangat pentingkan pelajaran sebab katanya dia dulu pandai tapi main2. Maklumlah ikut cite mak dulu2 dia gi sekolah ada driver (Arwah Tok bekas Kadhi Besar Pulau Pinang, kalau tak silapla). Disebabkan orang dulu2 tak begitu galakkan anak perempuan belajar tinggi2, maka Mak pun termasuklah sebab dia anak perempuan yang bongsu, lagila dijaga rapi oleh Tok. Tak boleh lupakan ada satu masa tu saya ada banyak kerja sekolah, pukul 10 pun tak siap lagi tapi Mak tetap tunggu saya sampai saya siapkan kerja sekolah. Terharu rasanya. Masa sekolah dulu jugak, Mak terlalu jaga saya sampaikan sukan pun tak boleh masuk. Takut nanti gelaplah. Ada parutlah. Percaya atau tidak, kaki saya langsung takde parut kecuali di lutut. Saya start ada parut sebab naik gunung le. Saya start aktif sukan itupun netball dan 4x100 meter semasa darjah 5 sampailah sekolah menengah.


Keluarga Mak ada 9 orang dan Mak anak ke 8. Menjadi adik kesayangan Abang2nya. Berbalik dengan pelajaran tadi, Mak takkan bagi anak2 buat kerja rumah tolong Mak segala tak habis kerja sekolah. Jadi saya selalu cepat habiskan kerja sekolah supaya dapat tolong Mak kat dapur. Tapi benda yang paling saya tak suka dan tak pandai buat adalah menyiang ikan. Saya hanya pandai siang ikan (tu pun kadang2 hancur dibuatnya) lepas form 5.



Mak seorang yang sangat penyabar dengan karenah anak2 dan juga Ayah. Saya sangat respect Mak yang mana sesabar saya pun boleh naik angin monsun kalau dah capai tahap maksima. Selalu ingatkan anak2 berterima kasih kepada Ayah kalau bawak keluar makan dan belanja kitorang semua. Amat bersabar sebagai surirumah sepenuh masa. Mak seorang yang berjimat cermat macam Ayah jugak. Kalau buat kerja begitu teliti kerjanya. Antara anak yang mengikut perangai Mak adalah saya dan Abang saya especially bila bab mengemas rumah. Tidak pernah jemu melatih, menegur, mengajar anak2 cara dan adab dalam kehidupan.


Masakan Mak tiada tandingan sampai Hubby kalau nak balik Penang dah siap2 menu nak makan apa. Demand jugak menantu sorang ni. Anyway Mak dah sedia bahan2 kalau tahu menantu sorang ni nak balik sebab kalau nak dibandingkan dengan menantu sorang lagi iaitu Abang Ipar saya, Hubby lebih kuat makan.


Pengorbanan seorang Ibu memang tak dapat kita balas kecuali dengan doa dan ingatan kepada mereka. Saya merasakan bahawa pengorbanan yang paling besar sebagai seorang Ibu adalah ketika melahirkan anak. Tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya Mak semasa melahirkan kami semua memandangkan Mak bersalin di rumah kecuali Manja di hospital. Sakit yang dirasakan saya berlainan tapi nasib baiklah ada corong oksigen so masa contraction saya sedut dan rasa lali. Tapi Mak, secara biasa tiada pelali, tiada epidural. Nafas saya rasakan begitu semput masa push.
Saya amat terharu kerana saya dijaga bagaikan puteri semasa pantang kedua-dua anak. Kalau tidak mau agaknya berat badan bertambah selepas bersalin tapi berat badan back to normal selepas habis pantang.


Saya rasa amat terharu apabila Mak mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga Allah murahkan rezeki semasa belanja Mak & Ayah ke Bandung. Bagi saya, apa la sangat dengan apa yang saya buat berbanding pengorbanan Mak & Ayah selama 32 tahun ni. Atas doa Mak dan Ayah kita berjaya di dalam bidang yang kita ceburi. Terima kasih buat Mak yang sentiasa berkorban masa dan tenaga untuk kebahagiaan keluarga. Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat.



Selamat Harijadi buat Mak.












Tuesday, June 2, 2009

My 6th Wedding Anniversary

Salam semua,

Semalam genaplah usia perkahwinan saya yang mencecah ke 6 tahun. Lawak2 dah 6 tahun saya jadik isteri orang.

Sebenarnya tak sempat nak buat entry semalam coz asyik tidur coz demam selsema. My Hubby kata entah2 kena selsema unta. Ish ada ka patut. Maka saya pun ring2 my partner and inform her tak masuk ofis. Tak pergi mana2 pun untuk celebrate sebab saya tak de mood dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sesungguhnya banyak kenangan pahit dan manis semasa 1 Jun 2003.

Antaranya yang paling sedih ialah apabila jam tangan Carven limited edition yang my Hubby belikan semasa our first dating hilang semasa saya tengah bersanding. Bermakna ada orang menyusup masuk masa bersanding coz Zurin ditugaskan jaga bilik masa tu kerana penuh dengan barang hantaran dan juga duit hantaran( yang disorokkan di dalam almari). Agaknya mesti orang tu amik masa Zurin keluar sekejap tengok saya bersanding. In fact sepupu-sepupu saya pun ada di luar bilik tapi diorang tak sedar tentang kehilangan jam tu. Yang tinggal kat atas dressing table tu hanya my Nokia 8310 yang juga dibeli bersama jam tu. Tak de rezeki la tu. Saya sangat sayang jam ni sebab ada sentimental value.

Yang kelakar dan mendebarkan saya adalah jurusolek tiba betul2 masa saya naik pelamin. Hish saya berpeluh-peluh menunggu untuk tukarkan warna lipstik dan juga touch up sikit. Disebabkan masalah komunikasi antaran Elin dan Tuuuuut . Disebabkan masalah komunikasi ni jugaklah yang membuatkan Elin merajuk dan Manja menangis terisak-isak cuba pujuk Elin tapi akhirnya Elin berjaya dipujuk untuk amik jurusolek malangnya tersangkut sikit coz jalan ditutup oleh Polis trafik atas ketibaan rombongan sebelah Hubby dah sampai. Maka jurusolek sempat touch up sikit kat atas pelamin tu.

Yang sedih jugak ada orang tak sempat makan kerana khemah penuh dan dikawal ketat. Kesian orang2 kampung, anyway selepas itu Ayah saya minta maaf atas kekurangan pada wedding day tu. It's beyond his control.

Tapi saya amat berbangga kerana mendapat kerjasama yang tidak terhingga daripada keluarga sebelah Mak dan jugak Ayah. Ketua untuk segala mesyuarat adalah Pak Tam saya sebelah Mak. Penegrusi majlis untuk acara persandingan adalah sepupu saya sebelah Ayah, Kak Ma. Ketua marhaban dan juga tukang baca doa untuk majlis persandingan adalah sepupu saya sebelah Mak, Abang Cop (Yusof). Sepatutnya selain marhaban, ada upacara khatam Al-Quran tetapi atas sebab2 tertentu maka dibatalkan pada saat-saat akhir.Bahagian pengurusan makanan dijaga oleh sepupu-sepupu saya kedua-dua belah pihak. Bentara terdiri daripada sepupu-sepupu saya kedua-dua belah pihak Mak & Ayah yang memakai baju sedondon dan bapa-bapa saudara saya sebelah Mak.

Bayangkan seawal 6 bulan sebelum majlis, bekas isi gula2, kami sekeluarga dah start buat memandangkan kami buat sendiri. Dan ia memang unik sebab selepas tu tak pernah saya tengok selepas wedding saya orang guna bekas ni. Sebenarnya design ni Mak belajar dari kenduri anak Mak Ngah sebelah ayah saya. Bekas2 kristal souvenir untuk VIP disponsor oleh Pak Cik saya sebelah Mak. Bunga2 hiasan yang serba biru untuk bilik pengantin pulak disponsor isteri sepupu saya sebelah Ayah, Kak Mas. Kotak2 hantaran dan hiasannya saya buat sendiri kecuali pot pouri sebab jiran sebelah beri-ria nak hadiahkan untuk wedding saya. Barang2 untuk hiasan hantaran banyak saya beli di KL sebeb murah kat mana lagi kalau tak kat Sayang You, Semua House KL. Sebahagian gula-gula dibeli oleh sepupu saya sebelah Ayah. Alhamdulillah. Inilah yang orang katakan rezeki. Ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menolong untuk wedding ni kerana agak besar jugak la belanjanya.

Ucapam terima kasih yang tak terkira jumlahnya buat Mak dan Ayah yang support tenaga dan juga wang ringgit untuk melancarkan wedding ni. Tak terlupa diucapkan kepada orang2 kampung yang banyak menolong dan Polis trafik yang mengawal trafik seawal sehari sebelum wedding dan semasa wedding kerana jalan dalam menuju ke masjid ditutup seketika ketika rombongan sebelah Hubby sampai. Maklumlah big boss nak sampai kena la buat kerja betul2.

Antara kawan2 yang hadir Nazeera, Shahida, Acat, Fahmi, Penang, Abang Nazri sekeluarga dan my despatch boy (John dr kl tu). Orang yang paling sibuk menolong saya adalah sahabat karib saya sendiri, Zurin yang datang awal sehari dan balik sehari lepas kenduri. Tak lupa jugak Azah, roommate saya dan Zurin masa final year datang 2 hari sebelum sebab abang dia kahwin sama dengan tarikh saya kahwin. Heran jugak kerana Norin yang dekat tak datang. Mungkin ada hal kot atau banyak kenduri hari tu. Tapi saya takut juga ada yang tak dapat kad jemputan sebab Che Mad mengadu kat Fahmi kata saya tak jemput, walhal saya dah poskan kad2 tu pada semua budak UIA-KUSZA kecuali ......

Selepas tu, penat pulak majlis sebelah my Hubby iaitu pada 8 Jun 2003 di Shah Alam untuk sedara mara, kakitangan dan kawan2 mertua dan 11 Jun 2003 untuk tetamu terhormat di Sheraton Subang. Anyway ramai jugak kawan2 datang di Shah Alam antaranya Ellis, Etty, Fidah, Fuzah, Hanif, Principal Hafsah College dan orang2 kuat Musyrif Council, UIA. Tapi saya agak terkilan sikit pada majlis 8 hb Jun kerana saya hanya sempat pakai anak tudung sahaja bersama tiara yang dah secara tak sengaja dijahit diatasnya oleh Radzuan dan tak sempat nak buka balik untuk pakai tudung. Tak sangka pulak majlis ni ditayang selepas Bulletin Utama malam tu. Malu jugak sebab terbuka sikit kat bahagian dada. Majlis kedua kat Sheraton berjalan dengan baik. Berdebar jugak tunggu Radzuan yang tersangkut dlm jam. Alhamdulillah pada malam tu, Sultan Selangor, PM, TPM and most of the Menteri hadir. Masa nilah saya dapat bersalam dengan kesemua Menteri dan Isteri yang hadir pada malam tu. Pengalaman yang takkan saya lupakan.

Dan pada malam tu semasa makan Tuanku Sultan Selangor bertanya nak honeymoon ke mana? saya pun beritahu antara dua tempat ni. Keesokan harinya diberitahu yang Baginda Sultan bertanya bila tarikhnya sebab Baginda Sultan akan sponsor untuk penginapan selama di sana. Wow, dalam kategori boutique hotel. Kalau sendiri punya duit mungkin 2 3 kali gak fikir nak bayar. Menjunjung kasih Tuanku. Itulah yang dinamakan Rezeki apabila kita berkahwin, melimpah ruah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat suami yang menerima saya seadanya, menerima segala kekurangan diri ini luar dan dalam dan paling banyak bersabar dengan karenah saya yang kadangkala berangin ni. Terima kasih kerana menyayangi saya dan anak2 dengan penuh kasih sayang. Semoga jodoh saya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga ditambahkan zuriat lagi.Amin

Thursday, May 28, 2009

Happy Birthday to my car

Assalamualaikum,

Hari ni genap la setahun umur Myvi ku. Sebenarnya beli Myvi ni tak dirancang pun. Sepatutnya saya beli CRV my mother in law (atas sebab2 yang kitorang aje yang tahu). So saya pun offer la Wira saya kepada Manja (adikku yang bongsu) sebab dia baru kerja dan kasihankan Ayah yang berulang alik hantar dan amik Manja kerja kat Pulau Tikus lak tu.

Alih2, CRV tak dapat dijual kalau nak beli guna loan sebab AP dia mak tak jumpa. Kalau nak beli kena la beli cash. Ish. Kalau duit sendiri tak dapat la den nak beli cash. So, akibat dah terjanji dengan Manja yang nak amik kereta Wira masa Konvo dia nanti (30/5/2008) maka secepat kilat la saya telefon Norina (adik iparku) tanya stok Myvi dia. Nasib baik ada, tapi warna Silver pujaanku tak ada stok untuk May so apa2 warna pun jadilah asalkan dapat kereta sebelum 30/5/2008.

Dalam seminggu tu saya bagi everything to Norina untuk uruskan. Alhamdulillah, saya dapat kereta pada tarikh keramat ini. Dapat warna merah tu. Tapi awal2 lagi dah tempah plat kereta 6177 tu.(my Hubby bising coz harga plat RM350, ok le tu bang daripada ribu2. hehehe)

Saya sangat berbangga dengan kereta kecik ini sebab senang untuk dipandu, senang nak parking dan kereta ni tinggi sikit. Tapi mula2 tu kecik hati gak ngan Husna & Khalis sebab depa complain kereta ni kecik dan ada ka patut depa beza kereta ni dengan kereta Mak long depa (BMW) dan our weekend car (Merc) dengan kata kereta ni kecik & sempit. Huh. tak pa la, hati budak2 memang genuine. Mungkin anak2 tak selesa sebab terpaksa guna Myvi balik ke Penang, akhir tahun lepas sebab terlupa nak renew road tax Merc.

Tapi yang sedihnya, sebelum wedding Hisyam last year saya terlanggar buntut kereta di depan yang teragak-agak kluar Bulatan Kayangan. Huh geram betul melayang duit akak oooiii.Saya ingat sangat tarikh ni sebab kereta saya baru keluar bengkel dekat2 wedding hisyam.

Anyway kepada keretaku tersayang moga dapat berjasa kepada tuanmu ini ke mana saja.

Thursday, May 21, 2009

Al-Fatihah ...

Assalamualaikum,
Pagi tadi dalam pukul 6 pagi saya dikejutkan oleh panggilan telefon daripada handphone Ayah, alamak sapa pulak meninggal ni? So saya pun jawablah. Mak informed me that my father's cousin, Tn Hj. Sharif atau nama glamournya Nana Sharif telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi. Mesti Ayah sedih coz sepupu2 yang sewaktu dengannya hanya tinggal beberapa orang saja kat Penang tu. Tak dapat nak cakap ngan Ayah sebab kalau ada hal kematian kat Bayan Lepas ni, Ayahlah orang paling sibuk uruskan hal2 korek liang lahad, orang mandikan jenazah, sembahyang jenazah dan hal2 yang berkaitan. Dah jadi orang kuat masjid, cenggitulah memenuhi masa dia yang lapang.
Arwah Nana sebenarnya jatuh masa nak keluar rumah. Lalu, kepala arwah terhantuk kat batu-batu di depan rumah. Berdarah-darah tak sedarkan diri. So, Abang Nan (anak arwah) pun bawak gi GH. Berjahit la kepala arwah tu. Minggu lepas dibawa balik tapi tak boleh nak bangun sampai la meninggal pagi tadi. Dari minggu lepas jugak dah tak lalu makan.
Setahu saya Nana belajar kat Mesir masa muda2 dulu. Bahasa Arab dia pergh kalah sayala. Pulak tu gi Mekah dah 7 kali kalau tak silap saya la.Tak tinggal sembahyang cuma sejak akhir-akhir ni dia lupa sama ada dah sembahyang atau tak. Kadang2 dah sembahyang pun dia sembahyang lagi. Kadang2 terus tak sembahyang sebab dia ingat dah sembahyang. Tapi selepas bercerai lebih kurang 30 tahun dulu, hidup dia tak menentu sikit. Masih berbaik ngan Mak Long Minah (bekas isterinya) dan sangat excited kalau Mak Long balik Penang. Arwah jaga semua anak lelaki dan Mak Long jaga anak perempuan tunggalnya. Arwah sangat seronok bila anak perempuan dia (Kak Fizah) kahwin last 8 years.
Arwah Nana suka jalan tanpa pakai kasut. Rajin betul Nana ni berjalan kadang2 sampai ke Sungai Ara tanpa kasut. Jauh tu. Mungkin sebab tu jugaklah dia sihat tak sakit langsung walaupun umur dah 90 tahun. Arwah suka pakai tarbus merah dan tak pakai ketayap atau songkok. Sedari saya kecil memang tengok dia pakai tarbus je. Kebanyakan orang kampung kat sini dari kecil sampai la tua memang kenal ngan Nana Sharif ni.
Sebenarnya maksud Nana adalah abang dan panggilan ini sepupu2nya yang panggil tapi sebab orang dah kenal dia Nana maka budak2 pun panggil Nana. Nana memang muka mamak.
Akan dikebumikan pada pukul 3.30 nanti di Tanah Perkuburan Bayan Lepas. Moga rohnya dicucuri rahmat. Takziah buat Mak Long Minah, Abang Halim, Abang Aziz, Abang Aznan dan Kak Fizah sekeluarga. Dan pohon kemaafan sebab tak dapat balik.
Al-Fatihah.

Wednesday, May 13, 2009

Ohhhhh ....Guna Olay je

Semasa saya tengah top up TnG kat Tol Batu Tiga tu, saya disapa oleh toll gate girl satu pertanyaan yang saya tak berapa dengar dek tak bagi perhatian kat dia sebab asyik renung saya je. So, saya pun tanya dia "Apa dia dik?". Dia pun jawab balik " Akak pakai apa ye? Muka Akak licin le.Macam takde apa2"

Fuh dengan bangganye saya pun jawab " OOhhhhhh.....guna Olay je" sambil menekan minyak kereta sebab que kat belakang dah berjela-jela. Amboi. sempat lagi dik engkau tanya Akak. Lepas tu balik rumah dengan senyuman saya pun cerita kat Hubby yang balik awal sebab beli basikal baru kat budak2 tu.

"Hek elah bangga giler le tu. Perasan betul Isteri aku ni."

Actually itu bukan pertama kali orang bertanya saya tapi dah berpuluh kali dan mungkin ratusan kali. Yang paling bangga bila tokey Spa yang saya selalu pegi tanya dengan soalan ini " Kak Nadia dah lama nak tanya Shariza tapi malu le. Shariza guna apa ye complexion cantik, licin." Issh. Kalau orang lain tanya tak pa jugak. Ini tokey Spa tuh. Fuuuh bangga giler. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini. Tapi buat sementara saja, esok2 bila dah tua kerepot jugak.

Sejarah penggunaan Olay Total Effect bermula apabila saya menggunakan produk yang salah. Maklumlah nak kawin masa tu nak bagi cantik sikit kulit muka. Rupanya kakak kat kedai tu bagi produk yang tak ori. Tak baik betul buat bisnes camni. Saya perasan bila muka teramatlah pinkish masa gi honeymoon tapi saya biarkan sebab mungkin kat pulau kan panas.

So satu hari sementara menghabiskan cuti saya yang tinggal seminggu lagi, saya ajak Hubby gi buat facial. Hubby pun tumpang sekaki. Rupanya selepas scan kulit muka, beautician tu cakap kulit saya sangat sensitif dan perlu treatment kalau tidak boleh rosak teruk. Saya pun buat treatment dan guna produk untuk pemulihan iaitu sejenis pearl cream 2 minggu berturut-turut. Alhamdulillah. Recovered.

Selepas itu, saya tak pernah tinggal my moisturizer (Olay Total Efect la) walau seharipun. Bak kata Kak Nita Sarawak bila wartawan tanya dia rahsia kulit dia yang cantik, maka dia jawab " Kak Nita memang tak tinggal moisturizer sampai kalau masuk hutan benda paling penting yang Akak bawak adalah moisturizer." Satu lagi sunblock. Kulit kita akan cepat kusam & cepat tua apabila terdedah dengan cahaya matahari. Peringatan ini bukan hanya untuk kaum Hawa but for you all guys out there.

Selain itu jangan tinggal Vitamin C yang banyak didapati daripada buah-buahan. Minum air kosong banyak2. Saya juga mengamalkan minum minuman akar Herbanika produk Nona Roguy sekarang dikenali sebagai NR. Saya mengamalkan sejak daripada pantang anak pertama sampai sekarang. Memang bagus untuk pembersihan dalaman especially untuk perjalanan darah kita. Malangnya, my Hubby tak leh nak telan langsung air ni. Bila darah kita lancar maka muka akan nampak berseri-seri.

Lagi satu bagi saya yang paling bagus adalah air sembahyang. Air sembahyang membersihkan muka kita. Teringat sepupu ayah saya (yang loqlaq tu) yang saya panggil Makcik Nora bila dia cerita semasa kat UK ada Minah Saleh ni tanya dia pakai apa complexion cantik. Maka dia pun jawab " I take water pray everyday" terpinga-pinga Minah Saleh tu tak faham. Tapi itulah kebenarannya tanpa kita sedari.

Ada orang memilih kosmetik operation sebab nak pastikan cantik. Cucuk sana cucuk sini. Ada orang pulak tiap2 hari pakai foundation tebal2 sampai macam tepung gomak sebab nak cover segala cacat cela kat kulit muka. Bila cuci muka & buang mekap, laaaa tak cantik manapun. Saya memang tak suka pakai foundation sebab kulit muka berminyak memang tak digalakkan foundation. Ada juga yang pakai sampai nampak bertampuk-tampuk kulit muka. Hish tak sesuai langsung. Saya hanya pakai pakai Olay & berbedak ala kadar & sedikit lipstick untuk bibir. Itu saja. Sebab tu boleh nampak secara terang-terangan kulit muka saya. And saya rasa bersyukur sebab Hubby tak suka tengok orang pompuan mekap berlebih-lebihan. Macam opera cina dia kata.

Anyway harus kita sedari bahawa kecantikan yang Allah beri itu hanya bersifat sementara. Maka oleh itu haruslah kita hargai dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Jangan mengubah secara keterlaluan yang boleh memudaratkan kecantikan asli yang Allah bagi.

Friday, May 8, 2009

Ayam oh Ayam

Assalamualaikum semua.

Bagai nak rak tengok orang berkempen boikot makan ayam. Seminggu makan 2 kali je. Cemana tu kalau orang yang tak makan ikan langsung cam mak mertua kakakku? Tak adil la bagi penternak2 yang berpenat lelah bela ayam tapi orang lain yang mengaut keuntungan. Kalau bukan kerana saya bini tokey ayam saya tak tau penat lelah penternak ayam yang kecil macam my Hubby (saya cakap kecil sebab ada pegawai Bank Pertanian cakap kecil bila saya inform kat dia my Hubby bela cuma 33 ribu ayam untuk satu musim, agaknya penternak yang besar mungkin beratus ribu ayam satu musim kot).

Tahukah anda harga ladang yang my Hubby tolak sekarang ni kurang daripada RM4 sekilo (kalau tak silap dalam RM3.64 sekilo tapi tak pasti sangat la). nah bila tengok kat pasar RM6 sekilo. Amboi banyak betul pemborong (orang tengah) mark up. Saya pun heran atas dasar apa harga ayam perlu dinaikkan. Tapi dalam hati tak risau sebab ayam kat rumah free. Kesian kat pengguna lain yang anak2 hanya suka makan ayam je. Kesian. dekat pasar ditimbang sekali kepala dan kaki kemudian barulah potong ayam tu. Bila bawak balik ke rumah bukannya mengikut berat yang kita bayar tapi ayam yang dapat kurang. Betul tak?

Saya tengok my Hubby jaga ayam2 dia begitu berhati-hati terutama musim panas ni. Tahukah anda bahawa salah satu daripada stress kepada ayam adalah panas. Hasil daripada artikel my Hubby baca saya dapati ayam2 akan stress kalau panas. Oleh itu akan cepat sakit atau pertumbuhannya akan terjejas. Musim yang lalu (Mac) my Hubby langsung tak untung sebab ayam2 kecil macam tak cukup zat. Hanya boleh bersabar je without income daripada ayam ni. Dugaan besar daripada Allah.

Berdasarkan my Hubby punya cara, tempoh matang ayam adalah 35 hari. Tapi saya tak tahu kalau ada penternak yang suka cucuk ayam supaya cepat besar, iaitu tempoh matang cuma dalam 15 ke 20 hari saja.

Pada mulanya saya agak hairan bila satu hari my Hubby ajak teman dia gi Giant. Katanya nak beli glukos. Mak Aaaii banyaknya tin yang my Hubby beli. Rupanya untuk ayam. Awal2 tempoh pembesaran ayam2 minum glukos iaitu dalam 2-3 minggu. Haa kalau dah ada lebih 30ribu ayam bayangkanlah kos dah berapa. Ini tak kira lagi ubat2 dan dedak ayam. tapi ada juga penternak bagi minum ayam dia Milo, sirap atau air oren sebab nak bagi kuat sikit ayam tu ( ni pegawai Bank Pertanian yang cakap tapi saya tak tahu sejauh mana kebenarannya, mungkin juga betul.)

Oklah proses membela ayam dimulakan dengan penyediaan reban ayam yang bersih. Reban ayam perlu disembur bakteria agar tak berbau.(Diakui tak berbau bila saya gi reban ayam tu). Dan yang paling penting takde lalat. (saya sungguh heran memang takde lalat langsung kat reban tu tapi bila balik ada je lalat ikut kat tayar kereta.) Kena bersih kalau tidak ayam akan sakit. Kemudian lantai dibubuh serbuk kayu. Pentingnya serbuk kayu adalah untuk taik2 ayam tu. Bila dah habis satu musim taik2 ayam akan dibuang sekali ngan serbuk kayu tu. Tapi taik ayam juga boleh dibuat baja. Jadi takdelah terbuang terus taik ayam tu.

Memandangkan reban ayam my Hubby cara terbuka maka kena make sure kanvas elok supaya dapat cover ayam2 daripada hujan dan kesejukan. Gas pun kena beli untuk elakkan ayam sejuk.
(Ayam tak boleh terlampau sejuk atau terlampau panas. Kalau tidak akan cepat mati.) Selepas itu barulah sesuai dimasukkan anak2 ayam tu.

Ayam2 dipantau pembesarannya. Kalau terlampau panas akan ada ayam2 yang tak bermaya. Maka tugas2 pekerja untuk mandikan ayam2 yang tak bermaya untuk elakkan ayam tu sakit. Bukan senang nak membela ayam. Dalam 30 ribu pasti akan mati dalam 1-5%. Dah tinggal berapa je kan.

Oleh itu, wahai orang tengah fikir-fikirknlah harga ayam ni. Nak kata kos naik mendadak tak juga. Kos minyak dah turun. Mungkin salah satu punca musim panas yang menyebabkan ayam banyak mati tapi itu still ok. Takkan sebab Virus H1N1 ni kot? Tak sampai pun kat Malaysia lagi. Anyway takde kena mengena pun ngan ayam kan?

Kesian kat penternak2 kecil. Harga ditolak macam biasa tapi harga kat pasar mahal gile. Tapi ada kemungkinan penternak2 besar yang menaikkan harga ayam dari ladang. Only God knows.

Friday, April 24, 2009

Hah! Tikus!

Sampai ofis hari ni macam biasa. Tapi bila masuk bilik saya, hah apasal meja ditutup oleh surat khabar? Ada tangga, siling pun terbuka. Spontaniously, I asked my partner. "What happened to my room?" He answered, " I don't know. When I came in this morning, it's like that already. You cannot work today lo"

" Hey, there's rat Shariza" Ivy nyampuk. Hah! Ada tikus. Kat mana pulak. Rupanya kat dalam siling dia buat markas dia. Patut la dari minggu lepas lagi, bilik saya bau kurang enak. Semalam, saya komplen kat my staff, Mrs. Yoong, dia cakap bau tak fresh. Memandangkan bau minyak wangi (apa lagi my Fifth Avenue la) dan air freshener dalam bilik tu kuat, saya tak begitu perasan. Cuma bila nak masuk bilik, baru bau. So, Mrs. Yoong went to lodge a complaint this morning at the Management Office. Patut la org2 management ada kat luar masa nak masuk ofis tadi.

Bila depa buka siling tu, penuh ngan sampah sarap yang dibawa oleh tikus. Memandangkan jarak antara siling dan lantai atas cuma lebih kurang satu kaki, diorang tak dapat masuk nak bersihkan sampah tu. Lalu, diorang amik tindakan bubuh racun tikus. Kata diorang,bila tikus makan terus cari air sebab dahaga dan terus mati. Tikus tu takkan mati kat siling tu. Betul ke? Kalau ajal dia kat situ, situ le jawabnya. Nanti stinky la.

Hish! Macam2. Tahun lepas saya bising sebab tiap2 hari datang tengok kerusi kotor. Macam ada leaking. Tapi bila pegang kerusi kering pulak. Lepas found out ada leaking coz short tak leh nak on lampu. Hah! Air bertakung kat siling. Nasib baik tak runtuh. LSebelah meja tu basah and nasib baik tak menitik atas laptop kalau tidak nangis akak. Kalau runtuh saya sue management sebab bila report diorang dtg tengok tapi tak amik tindakan sampai saya mengamuk bilik saya basah baru nak buka siling dan tengok. Rupanya orang atas punya saluran air hujan tersumbat lalu melencong masuk ke bilik saya. Hmmm geram akak.

Itulah nasib bila ofis kat bawah, atas pulak kondo. Commercial lot kat ground floor, residential pulak kat atas. Dan nak dijadikan cerita, rumah di atas bilik saya tu dah lama tak berpenghuni & tak terjaga. Tuan rumah Singaporean. Ni kondo hinggap dia je bila dtg Malaysia.


Hmmmmm. Makanya separuh hari saya tak dapat buat kerja. Masuk conference room pulak takde networking eventhough the cable is there. Wayar situ rosak takleh nak connect ngan ofis server. eiiii. Sakit jiwa betul. Amik suratkhabar baca dari satu page ke satu page. Hah. Lebih kurang 12.30 baru siap. Aduh. Masa akak hari ni baca Star jelah.

Tikus o tikus. Affected areas are my room and Ivy's room. Hmmm. Nasib baik kat siling saja. Kalau dah masuk bilik ada yang datang ofis tengok habuk kertas je. Eiii geli betul. Tikus ni bahaya. Najis dia lagila bahaya.

Tikus o tikus larilah engkau dari sini. Kalau termakan racun tu nanti engkau mati. Nak hidup, carilah tempat lain cam bilik sampah tu kan ke depan kondo je?

Monday, April 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY HUSNA










Pagi2 buta dah wish Husna, Happy Birthday. Masam air liur basi pun cium jugak ler. Kalau tidak Husna susah nak bangun. Well, it's Monday anyway. Tahun ni, tahun kedua (5 yr old) kat Al-Ikhlas Cambridge Pre Tahfiz Pre School.Bila dah wish tu segar bugar buka mata. Mesti dok nampak kek tuh.






Petang semalam Shamsul dah delivered kek Husna. Thanks again to Anis Bakery for the lovely cake. Husna's theme cake is all the Princesses in the walt disney's cartoon. Punya le happy Husna tunjuk kat Atuk Norian her birthday cake.






Husna cucu perempuan pertama Atuk Norian. Cinta hati pertama Abah & Ummi. Husna was delivered on 13/4/2004 kat DEMC. At first, I was admitted to labour room but due to Husna's complications kenala masuk Operating Theatre (OT). Tengok kat PTG machine her heart beat makin slow so my O&G, Dr. Norleen bagi masa 1 hour to decide whether to proceed with normal delivery or Caesarian. Memandangkan keadaan Husna yang agak kritikal, tak sampai 1/2 jam saya dah minta form utk sign. Lepas tu ditambah lagi epidural yang telah diambil dan disorong ke OT. My Hubby tak masuk OT coz a bit phobia ngan OT.






Tepat 1.59 ptg Husna pun dapat dikeluarkan walaupun agak payah pada mulanya coz kepala Husna dah senget ke sebelah kiri sebab terbelit cord. Alhamdulillah, Husna sihat with her weight 3.20 kg and height 50 cm. Doktor puji coz Husna's skin complexion sangat cantik. Rahsianya tiap2 hari saya minum air soya (bukan dalam kotak) tanpa jemu dan berkat baca Surah Yusoff tiap2 hari kot.






Husna seorang kakak yang baik. Khalis buat dia pun dia sekadar report tanpa buat balik Khalis. Tapi kalau sampai ke maximum level dan angin dia datang, kenala si Khalis tu. Seorang yang rajin baca & suka main jigsaw puzzle. Bagi la jigsaw puzzle, dia akan duduk kat situ sampai habis buat kalau mood dia ok. Rajin ikut Ummi sembahyang. dah pandai baca Al-Fatihah, surah2 lazim, bacaan2 dalam sembahyang & wirid yang ringkas. Alhamdulillah....






Seorang yang dengar cakap. Kalau buat silap dan explain kat dia benda tu salah, tak boleh buat kat Ummi macam tu, akan berair matanya sambil cakap sorry Ummi sambil peluk saya. Seorang anak yang baik. Selalu memaafkan si Khalis and always shake hand untuk minta maaf kat Khalis. Active & loves coklat macam Khalis gak. One thing yang dia akan buat tiap2 malam, kiss me & say "I love u Mummy". Panggilan Ummi dah bertukar Mummy coz selalu terikut cousin2 dia yang lain panggil their moms Mummy.



Tapi satu je yang paling Husna tak suka iaitu ikat rambut.






To Nurhusna Safiyya, Happy Birthday from Abah, Ummi & Khalis. Moga2 menjadi anak yang solehah & isteri yang solehah (bila tiba masanya nanti.)

Thursday, April 9, 2009

Nyam..Nyam..Nyam..Sedap







Nyam. Nyam. Nyam Sedap. Tengok tu sampai berpeluh-peluh Khalis makan mee rebus ni. Comot. Jangan cakap la. Nak resepi? No.Problem. Untuk kanak2 tak payah masuk cili. Eija selalu asingkan untuk diorang bila masak kuah mee ni.
Actually kuah ni boleh je dimakan dengan mee, bihun atau kueteow. Isi dalam kuah pun boleh ditukar-tukar eg. ayam, udang, fish balls, meatballs, atau daging.
Bahan2 untuk buat kuah
Bawang besar -2 ulas-dipotong labu
Bawang putih -2 ulas-dicincang
Sedikit halia-dipotong nipis2
Cili mesin-3 sudu besar
Kacang taucu (bergaram)- 3 sudu besar ditumbuk atau dikisar halus
Sos tiram- 4 atau 5 sudu besar
Sos tomato- 3 atau 4 sudu besar
Tomato puree- 1 sudu besar
Daging lembu-300 g-dipotong dadu & direbus terlebih dahulu (lagi banyak lagi sedap)
Sawi atau kobis- dipotong macam biasa
Lada sulah- 1 sudu teh
Minyak masak- 2 sudu besar
Air- 3/4 liter atau tambah sekiranya nak kuah lebih cair
Bahan2 untuk hidangan
Daun sup-dipotong halus
2 biji tauhu-digoreng & dipotong dadu
Bawang goreng
Cili atau cili padi
4 biji telur rebus yang dipotong 4
Tomato-dipotong nipis2
Cara2 untuk membuat kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga kekuningan.
2) Masukkan cili dan kacau hingga garing.
3) Masukkan kacang taucu, bila separuh masak masukkan sos tomato,tomato puree dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan daging yang direbus tadi dan masukkan air.
5) Masukkan lada sulah.
6) Apabila kuah mendidih, masukkan sawi, biar seketika dan tutup api.
Dah masak pun kuah tu. Perlu diingatkan tak payah masukkan garam sebab dalam taucu dah ada garam.Kalau kuah cair mungkin masukkan garam sesedap rasa.
Boleh hidangkan mee, bihun atau kueteow bersama bahan hidangan sebelum dibubuh kuahnya.
Untuk kanak2 tak payah masukkan cili tapi bagi yang boleh makan pedas kurangkan sukatan cili di atas.
Sebenarnya kuah boleh dialter ikut sesedap rasa. eg sekiranya bahan kuah anda udang, tambahkan sikit sos ikan.
Selamat mencuba. Tengok Husna makan sampai habis dan Khalis pulak berpeluh-peluh makan. Alhamdulillah licin.
























Monday, April 6, 2009

HAPPY BIRTHDAY KHALIS, MY 2ND HERO








Happy birthday to you

Happy birthday to you

Happy birthday to Khalis

Happy Birthday to you

May Allah bless you

May Allah bless you

May Allah bless you

Happy birthday to you

Lagu ni dinyanyikan Husna kepada Khalis bila dapat kek. Kali ni kek Khalis special order daripada Anis Bakery. Terima kasih diucapkan kepada Sham & Nisa yang berusaha mencari tema favourite Khalis iaitu "CARS". Ikutkan tema sebenarnya adalah "Bob the Builder" tetapi selepas Nisa call inform tak dapat cari utk tema tu maka saya pun listkan kartun2 yang menjadi favourite Khalis. Kek dah diorder awal2 lagi melalui email kepada Anis Bakery. Memang berbaloi sebab tak payah pening2 kepala nak gi kedai beli kek sebab package ni termasuk delivery. Seronok sangat Khalis bila tengok Shamsul delivered kek ni last Saturday. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Anis Bakery, dapat complimentary muffin daripada diorang pulak tu. Thanks a lot. Memang kek coklat korang sedaaaap. Nak tunggu kek Husna pulak cemana rupanya.

Oklah. Actually birthday Khalis on 4/4/2009. Tapi baru posting hari ni. Umur heroku ini masuk 4 tahun. 4 tahun yang lepas, Khalis dilahirkan secara normal (dibantu vacuum for a short while) di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Kenapa pilih DEMC? sebab dari rumah tak sampai 5 minit, bersebelahan Plaza Masalam, dan yang paling best bilikku boleh nampak masjid Shah Alam nan biru tu. Berat badan Khalis semasa dilahirkan 3.45 kg sementara panjangnya 55cm. Bagiku baby ni besar sebab tu hampir 1/2 jam juga Khalis keluar masuk, keluar masuk sampai hampir lemas. Penat my Hubby dok suruh push, push sampai lepas tu dia pulak hampir demam bila tengok baby keluar secara life.

Malamnya Khalis dimasukkan ke NeoNatal ICU sebab Pneumonia. Sedih sangat sebab hampir 2 hari tak dibenarkan minum susu. Nurse cuma bagi puting kosong je. Bayangkan betapa lapar dan dahaga Khalis di samping wayar dan tiub yang penuh di badan. Benar2 mencabar emosiku sebagai seorang Ibu waktu tu. My Hubby dah menitik-nitik air mata dah tapi for a first time saya tak menangis cuma dalam hati tuhan saja yang tahu.

Khalis was really a big boy. Cuba lihat gambar-gambar di atas, waktu tu Khalis just masuk 4 months. Sekarang ni kurus cekeding because very active.

Secara peribadinya, Khalis seorang yang sensitif, sangat aktif, happy go lucky. He really loves water colour & play doh. Benda yang tak boleh lepas, trak & kereta. Dan benda pertama yang akan rosak kalau beli kereta adalah tayarnya le. Suka usik Husna yang berangin tu. Malamnya suka sangat tidur bawah ketiak Ummi. Sanggup pindah dari katil dia ke katil kitorang sebab nak tidur bawah ketiak.Patut le orang suka cakap anak lelaki dok bawah ketiak mak. Memang betul pun.

Anyway, Khalis suka sangat kek tu . Tak sabar2 nak potong kek dan makan kek. His favourite cake la katakan (Moist Choc cake). Majlis hanya dibuat kecil2an dan dihadiri oleh Norina & family coz Abang Pazman balik juga ke Keramat hari tu.

Last but not least, kepada Puteraku nan satu (buat sementara ni la), Happy birthday daripada Ummi, Abah & jugak Kak Una. Kami sayang Khalis. Moga menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kembali kepada Ummi dan Abah bila dah tiada nanti.

Gambar belum dimasukkan lagi. Tunggu ada masa nanti.

" HAPPY BIRTHDAY TO OUR BELOVED SON, NORKHALIS"

Monday, March 30, 2009

Resepi Popiah Goreng




Assalamualaikum.....



Hari ni nak share satu resepi yang menjadi kegemaran keluarga mertua. Alkisahnya, Mak Mertua suka buat sebab nak galakkan anak-anaknya makan sayur especially pada bulan Ramadhan (Maybe this is a good suggestion to my fren Kepet as he tak makan vege but not sure whether he dislikes vege or tak boleh makan).


Popiah goreng mahupun epok2 adalah kegemaran suamiku yang mana Mak Mertua pernah cerita my Hubby pernah makan sampai 15 biji popiah semasa berbuka puasa tapi terpaksa berhenti makan coz tetiba je taik cicak terjatuh dalam pinggan dia. hahaha semua orang ketawakan dia. Indirectly maknanya Allah suruh berenti makan le tu.

Resepi ringkas, sekejap je dah siap.


Bahan-bahannye:

Kulit popiah- tak payah buat sendiri beli je

1 biji bawang besar- dicincang

2 ulas bawang putih- dicincang

Isi ayam- dipotong halus2

Isi Udang-dipotong halus2

3 biji ubi kentang dipotong dadu-kalau kecik sangat banyakkan sikit

1 batang carrot-dipotong halus2 macam mancis api

1 ikat kacang buncis-dipotong halus-halus

2 batang daun sup-dipotong halus2

1 kiub perasa ayam

1 sudu kecil lada sulah

Garam secukup rasa

Sedikit minyak

1 biji telur-untuk melekatkan kulit popiah.




1.) Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar & bawang putih.

2.) Bila dah kekuningan masukkan ayam dan udang.

3.) Bila dah separuh masak, masukkan ubi kentang dan biar separuh empuk.

4.) Masukkan kiub ayam dan garam.

5.) Masukkan carrot dan kacang buncis hingga separuh masak.

6.) Last sekali masukkan daun sup dan lada sulah. Kacau dan tutup api.

Jangan biar inti terlalu masak nanti hilang zatnya.



Proses seterusnya balut popiah ikut kretiviti masing2. Inti ni boleh juga dibuat untuk epok2( karipap sayur). Pastrynye boleh dibeli kat Cold Storage, Giant,Tesco not sure on Carrefour.



Alamak lupa lak bagi bahan2 untuk buat kuah cili.



2 biji cili- lebih kalau nak pedas

Sos cili (lebih sedap kalau guna sos tomato)

Garam & gula secukup rasa

Sedikit air suam


Semua bahan ni masukkan dalam blender dan blend sampai halus.

Oklah. semua. Selamat mencuba. Anak2 Eija makan popiah atau epok2 tanpa membuang intinya yang terdiri daripada sayur tu. Berkesan bukan? Bahan2 sayur boleh ditukar tambah ikut suka nak bubuh apa pun asalkan sesuai dibuat inti.



Shariza, Jangan lupa....

Shariza, jangan lupa check bilik kalau Ayah dah keluar.

Ok mak.

Shariza, tolong check semua pintu kunci ke tak malam2. Kadang2 maid lupa kunci.

Ok mak.

Shariza, jangan lupa buat Nescafe tarik Ayah for breakfast. Ayah balik dr Jakarta hari Rabu.

Ok mak

Itulah Mak Mertuaku kalau gi travel mana2. Kali ni gi Umrah lagi ngan kakak iparku. Saya dah biasa ditinggalkan di rumah coz hanya gi overseas setahun sekali jer.

Maka, apabila Mak tak de di rumah, tanggungjawab jatuh le ke atas bahuku. Tapi kali ni berat sikit coz biras (suami kakak ipar ) tidur di sini selama kakak iparku gi umrah . Gamat satu rumah sebab Maman dan Imran akan di sini lebih satu minggu.

Lagi satu, aku sakit kepala tengok rumah bersepah. Aduhhhhh. Sakit kepalaku tengok mainan berselerak kat hall bawah dan atas. Si Yani (maid kakak ipar) tu pemalas sikit. Ditegur baru buat. Kesian si Mar tu macam2 nak kena buat. Nak kemas lagi, masak lagi.

Semalam pulak, ada sambutan maulidur rasul kat sekolah Husna & Khalis dari pukul 8 hingga 1 tgh hari. Nasib baik Abang Pazman (birasku) bawak anak2 dia tidur kat Keramat . Selamattttt. Jawabnya, breakfast pagi tu saya beli aje nasi lemak & roti canai kat pasar Seksyen 6 tu. Pesan saya pada Mar, tengah hari masak la sendiri. Balik nanti saya masak.

Alih2, my Hubby nak balik awal. Tak nak makan luar. Alamak, dahla Mak Mertua pesan masak daging hari Ahad. Perghhhh. Nasib baik sirloin, kalau tidak berjam-jam la jawabnya. Maka, saya pun masak dalca, kegemaran my Hubby. Dan petang saya buat popia goreng. Also my Hubby,s favourite.

Alamak hari Isnin nak makan apa pulak???

Maka, hari2 seperti biasa soalan daripada Mar:

Cik, sarapan esok mau masak apa?

Cik, makan malam mau masak apa?

Hah. Nasib baik, Mak Mertua dah beli ikan untuk stok 2 minggu dan ayam yang my Hubby bawak balik tahan untuk sebulan punya stok. dan sebelum ke Jakarta, Bapak Mertua bawak balik sayur segar dari kebun. Alhamdulilah. Tak yah gi pasar. Kat bawah pulak nampak pokok pisang ada 2 pokok senang berbuah. Sonang hati den.


Beginilah kehidupanku tanpa ada Mak Mertua kat rumah. Sunyi gak. Kalau ada, riuh dengan arahan beliau kepada maid itu dan ini. Riuh ngan bebelan beliau kat Husna & Khalis yang bising. Balik kerja je, ada je benda yang Husna & Khalis buat beliau report. Dengar jelah.

Hmmmm. Hari Rabu Ayah balik, maka tiap2 pagi kena make sure ada buah2an especially betik for his breakfast. Kena buat Nescafe tarik kaw kaw. Semenjak dua menjak ni dah pandai buat Nescafe tarik. kalau tidak beliau akan buat his own drink. Komennya dulu2 " Takpela Iza. Ayah buat sendiri air tu. Korang buat kadang2 manis la kadang2 pahit". But maid takkan buat sebab hanya saya seorang saja dibenarkan buat air beliau selain Mak Mertua.

Nak buat menu pulak kena consider macam2. Salah sorang guard pulak Vegetarian. Sorang lagi makan apa2 je selain daging lembu. Abang Pazman pulak tak makan udang, asam pedas, sayur2an and his favourite ikan tenggiri je. My Hubby, apa2 yang dimasak je dia telan. No comment at all. (alhamdulillah dapat suami macam ni).


Dalam hati hanya boleh kata sabar jelah. Seminggu lagi je. Sabar itu kan separuh daripada iman. Ye. Sabar itu separuh daripada iman. Maka sabar jela. Ehhh berapa banyak sabar daaaa.