Thursday, April 9, 2009

Nyam..Nyam..Nyam..Sedap







Nyam. Nyam. Nyam Sedap. Tengok tu sampai berpeluh-peluh Khalis makan mee rebus ni. Comot. Jangan cakap la. Nak resepi? No.Problem. Untuk kanak2 tak payah masuk cili. Eija selalu asingkan untuk diorang bila masak kuah mee ni.
Actually kuah ni boleh je dimakan dengan mee, bihun atau kueteow. Isi dalam kuah pun boleh ditukar-tukar eg. ayam, udang, fish balls, meatballs, atau daging.
Bahan2 untuk buat kuah
Bawang besar -2 ulas-dipotong labu
Bawang putih -2 ulas-dicincang
Sedikit halia-dipotong nipis2
Cili mesin-3 sudu besar
Kacang taucu (bergaram)- 3 sudu besar ditumbuk atau dikisar halus
Sos tiram- 4 atau 5 sudu besar
Sos tomato- 3 atau 4 sudu besar
Tomato puree- 1 sudu besar
Daging lembu-300 g-dipotong dadu & direbus terlebih dahulu (lagi banyak lagi sedap)
Sawi atau kobis- dipotong macam biasa
Lada sulah- 1 sudu teh
Minyak masak- 2 sudu besar
Air- 3/4 liter atau tambah sekiranya nak kuah lebih cair
Bahan2 untuk hidangan
Daun sup-dipotong halus
2 biji tauhu-digoreng & dipotong dadu
Bawang goreng
Cili atau cili padi
4 biji telur rebus yang dipotong 4
Tomato-dipotong nipis2
Cara2 untuk membuat kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga kekuningan.
2) Masukkan cili dan kacau hingga garing.
3) Masukkan kacang taucu, bila separuh masak masukkan sos tomato,tomato puree dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan daging yang direbus tadi dan masukkan air.
5) Masukkan lada sulah.
6) Apabila kuah mendidih, masukkan sawi, biar seketika dan tutup api.
Dah masak pun kuah tu. Perlu diingatkan tak payah masukkan garam sebab dalam taucu dah ada garam.Kalau kuah cair mungkin masukkan garam sesedap rasa.
Boleh hidangkan mee, bihun atau kueteow bersama bahan hidangan sebelum dibubuh kuahnya.
Untuk kanak2 tak payah masukkan cili tapi bagi yang boleh makan pedas kurangkan sukatan cili di atas.
Sebenarnya kuah boleh dialter ikut sesedap rasa. eg sekiranya bahan kuah anda udang, tambahkan sikit sos ikan.
Selamat mencuba. Tengok Husna makan sampai habis dan Khalis pulak berpeluh-peluh makan. Alhamdulillah licin.
























3 comments:

  1. eija:
    gemuk la khlas tu nanti.. asyik makan je.. tengok blog mother dia ni, penuh dengan resepi jer.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks for the recipe... :)
    kena cuba ni ...

    ReplyDelete
  3. Pie':

    I wish Khalis cam Husna, a bit fleshy. Makan banyak mana pun Khalis dok cekeding gak. Ada resepi share ngan kengkawan, rasa puas kalau ada yang mencuba.


    Sham & Nisa:

    Selamat mencuba resepi ini.

    ReplyDelete