Friday, May 8, 2009

Ayam oh Ayam

Assalamualaikum semua.

Bagai nak rak tengok orang berkempen boikot makan ayam. Seminggu makan 2 kali je. Cemana tu kalau orang yang tak makan ikan langsung cam mak mertua kakakku? Tak adil la bagi penternak2 yang berpenat lelah bela ayam tapi orang lain yang mengaut keuntungan. Kalau bukan kerana saya bini tokey ayam saya tak tau penat lelah penternak ayam yang kecil macam my Hubby (saya cakap kecil sebab ada pegawai Bank Pertanian cakap kecil bila saya inform kat dia my Hubby bela cuma 33 ribu ayam untuk satu musim, agaknya penternak yang besar mungkin beratus ribu ayam satu musim kot).

Tahukah anda harga ladang yang my Hubby tolak sekarang ni kurang daripada RM4 sekilo (kalau tak silap dalam RM3.64 sekilo tapi tak pasti sangat la). nah bila tengok kat pasar RM6 sekilo. Amboi banyak betul pemborong (orang tengah) mark up. Saya pun heran atas dasar apa harga ayam perlu dinaikkan. Tapi dalam hati tak risau sebab ayam kat rumah free. Kesian kat pengguna lain yang anak2 hanya suka makan ayam je. Kesian. dekat pasar ditimbang sekali kepala dan kaki kemudian barulah potong ayam tu. Bila bawak balik ke rumah bukannya mengikut berat yang kita bayar tapi ayam yang dapat kurang. Betul tak?

Saya tengok my Hubby jaga ayam2 dia begitu berhati-hati terutama musim panas ni. Tahukah anda bahawa salah satu daripada stress kepada ayam adalah panas. Hasil daripada artikel my Hubby baca saya dapati ayam2 akan stress kalau panas. Oleh itu akan cepat sakit atau pertumbuhannya akan terjejas. Musim yang lalu (Mac) my Hubby langsung tak untung sebab ayam2 kecil macam tak cukup zat. Hanya boleh bersabar je without income daripada ayam ni. Dugaan besar daripada Allah.

Berdasarkan my Hubby punya cara, tempoh matang ayam adalah 35 hari. Tapi saya tak tahu kalau ada penternak yang suka cucuk ayam supaya cepat besar, iaitu tempoh matang cuma dalam 15 ke 20 hari saja.

Pada mulanya saya agak hairan bila satu hari my Hubby ajak teman dia gi Giant. Katanya nak beli glukos. Mak Aaaii banyaknya tin yang my Hubby beli. Rupanya untuk ayam. Awal2 tempoh pembesaran ayam2 minum glukos iaitu dalam 2-3 minggu. Haa kalau dah ada lebih 30ribu ayam bayangkanlah kos dah berapa. Ini tak kira lagi ubat2 dan dedak ayam. tapi ada juga penternak bagi minum ayam dia Milo, sirap atau air oren sebab nak bagi kuat sikit ayam tu ( ni pegawai Bank Pertanian yang cakap tapi saya tak tahu sejauh mana kebenarannya, mungkin juga betul.)

Oklah proses membela ayam dimulakan dengan penyediaan reban ayam yang bersih. Reban ayam perlu disembur bakteria agar tak berbau.(Diakui tak berbau bila saya gi reban ayam tu). Dan yang paling penting takde lalat. (saya sungguh heran memang takde lalat langsung kat reban tu tapi bila balik ada je lalat ikut kat tayar kereta.) Kena bersih kalau tidak ayam akan sakit. Kemudian lantai dibubuh serbuk kayu. Pentingnya serbuk kayu adalah untuk taik2 ayam tu. Bila dah habis satu musim taik2 ayam akan dibuang sekali ngan serbuk kayu tu. Tapi taik ayam juga boleh dibuat baja. Jadi takdelah terbuang terus taik ayam tu.

Memandangkan reban ayam my Hubby cara terbuka maka kena make sure kanvas elok supaya dapat cover ayam2 daripada hujan dan kesejukan. Gas pun kena beli untuk elakkan ayam sejuk.
(Ayam tak boleh terlampau sejuk atau terlampau panas. Kalau tidak akan cepat mati.) Selepas itu barulah sesuai dimasukkan anak2 ayam tu.

Ayam2 dipantau pembesarannya. Kalau terlampau panas akan ada ayam2 yang tak bermaya. Maka tugas2 pekerja untuk mandikan ayam2 yang tak bermaya untuk elakkan ayam tu sakit. Bukan senang nak membela ayam. Dalam 30 ribu pasti akan mati dalam 1-5%. Dah tinggal berapa je kan.

Oleh itu, wahai orang tengah fikir-fikirknlah harga ayam ni. Nak kata kos naik mendadak tak juga. Kos minyak dah turun. Mungkin salah satu punca musim panas yang menyebabkan ayam banyak mati tapi itu still ok. Takkan sebab Virus H1N1 ni kot? Tak sampai pun kat Malaysia lagi. Anyway takde kena mengena pun ngan ayam kan?

Kesian kat penternak2 kecil. Harga ditolak macam biasa tapi harga kat pasar mahal gile. Tapi ada kemungkinan penternak2 besar yang menaikkan harga ayam dari ladang. Only God knows.

4 comments:

  1. eija: ooo, itiew macam ka? agak2nye buleh x kalau pembeli beli terus kat penternak je. bende ni cam kes nelayan gak. dorang ssh2 berpanas tangkap ikan kat laut, jual murah kat peraih, then kite kena bayar kat nyonya ngan apek ikan mahal. nelayan dok miskin gak. ke guane?

    ReplyDelete
  2. Ajak. Cenggitulah kisahnya. Kalau nak beli ayam direct boleh. Tapi amik sendiri la kat our house. Nanti bila tiba musim baru just inform me berapa banyak nak. Anyway my Hubby tgh buat perancangan nak buka hub-halal. La ni tgh kumpul modal coz tak mau buat pinjaman bank. Kalau dah confirm, boleh la mai kedai ni coz mesti dapat murah punya.Fresh from his farm.

    ReplyDelete
  3. tapi kan, kalau jual murah-murah, puak-puak tu mesti marah.. pastu upah along.. ala.. macam-macam la.. puak-puak tu mesti tak suka kalau orang jual dengan lebih rendah..

    ke guaner?

    ReplyDelete
  4. Betui tu. Puak2 kite takpa. Bayangkan my Hubby's fren amik ayam drpd depa, harga dr ladang RM4.80 so member tu pun terpaksa jual RM6.80 sekilo. Tak ke haru. Selain ladang yang ada ni sekarang my Hubby join kwn dia utk supply directly kpd penjual, cut cost byk tau.

    ReplyDelete