Wednesday, May 13, 2009

Ohhhhh ....Guna Olay je

Semasa saya tengah top up TnG kat Tol Batu Tiga tu, saya disapa oleh toll gate girl satu pertanyaan yang saya tak berapa dengar dek tak bagi perhatian kat dia sebab asyik renung saya je. So, saya pun tanya dia "Apa dia dik?". Dia pun jawab balik " Akak pakai apa ye? Muka Akak licin le.Macam takde apa2"

Fuh dengan bangganye saya pun jawab " OOhhhhhh.....guna Olay je" sambil menekan minyak kereta sebab que kat belakang dah berjela-jela. Amboi. sempat lagi dik engkau tanya Akak. Lepas tu balik rumah dengan senyuman saya pun cerita kat Hubby yang balik awal sebab beli basikal baru kat budak2 tu.

"Hek elah bangga giler le tu. Perasan betul Isteri aku ni."

Actually itu bukan pertama kali orang bertanya saya tapi dah berpuluh kali dan mungkin ratusan kali. Yang paling bangga bila tokey Spa yang saya selalu pegi tanya dengan soalan ini " Kak Nadia dah lama nak tanya Shariza tapi malu le. Shariza guna apa ye complexion cantik, licin." Issh. Kalau orang lain tanya tak pa jugak. Ini tokey Spa tuh. Fuuuh bangga giler. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini. Tapi buat sementara saja, esok2 bila dah tua kerepot jugak.

Sejarah penggunaan Olay Total Effect bermula apabila saya menggunakan produk yang salah. Maklumlah nak kawin masa tu nak bagi cantik sikit kulit muka. Rupanya kakak kat kedai tu bagi produk yang tak ori. Tak baik betul buat bisnes camni. Saya perasan bila muka teramatlah pinkish masa gi honeymoon tapi saya biarkan sebab mungkin kat pulau kan panas.

So satu hari sementara menghabiskan cuti saya yang tinggal seminggu lagi, saya ajak Hubby gi buat facial. Hubby pun tumpang sekaki. Rupanya selepas scan kulit muka, beautician tu cakap kulit saya sangat sensitif dan perlu treatment kalau tidak boleh rosak teruk. Saya pun buat treatment dan guna produk untuk pemulihan iaitu sejenis pearl cream 2 minggu berturut-turut. Alhamdulillah. Recovered.

Selepas itu, saya tak pernah tinggal my moisturizer (Olay Total Efect la) walau seharipun. Bak kata Kak Nita Sarawak bila wartawan tanya dia rahsia kulit dia yang cantik, maka dia jawab " Kak Nita memang tak tinggal moisturizer sampai kalau masuk hutan benda paling penting yang Akak bawak adalah moisturizer." Satu lagi sunblock. Kulit kita akan cepat kusam & cepat tua apabila terdedah dengan cahaya matahari. Peringatan ini bukan hanya untuk kaum Hawa but for you all guys out there.

Selain itu jangan tinggal Vitamin C yang banyak didapati daripada buah-buahan. Minum air kosong banyak2. Saya juga mengamalkan minum minuman akar Herbanika produk Nona Roguy sekarang dikenali sebagai NR. Saya mengamalkan sejak daripada pantang anak pertama sampai sekarang. Memang bagus untuk pembersihan dalaman especially untuk perjalanan darah kita. Malangnya, my Hubby tak leh nak telan langsung air ni. Bila darah kita lancar maka muka akan nampak berseri-seri.

Lagi satu bagi saya yang paling bagus adalah air sembahyang. Air sembahyang membersihkan muka kita. Teringat sepupu ayah saya (yang loqlaq tu) yang saya panggil Makcik Nora bila dia cerita semasa kat UK ada Minah Saleh ni tanya dia pakai apa complexion cantik. Maka dia pun jawab " I take water pray everyday" terpinga-pinga Minah Saleh tu tak faham. Tapi itulah kebenarannya tanpa kita sedari.

Ada orang memilih kosmetik operation sebab nak pastikan cantik. Cucuk sana cucuk sini. Ada orang pulak tiap2 hari pakai foundation tebal2 sampai macam tepung gomak sebab nak cover segala cacat cela kat kulit muka. Bila cuci muka & buang mekap, laaaa tak cantik manapun. Saya memang tak suka pakai foundation sebab kulit muka berminyak memang tak digalakkan foundation. Ada juga yang pakai sampai nampak bertampuk-tampuk kulit muka. Hish tak sesuai langsung. Saya hanya pakai pakai Olay & berbedak ala kadar & sedikit lipstick untuk bibir. Itu saja. Sebab tu boleh nampak secara terang-terangan kulit muka saya. And saya rasa bersyukur sebab Hubby tak suka tengok orang pompuan mekap berlebih-lebihan. Macam opera cina dia kata.

Anyway harus kita sedari bahawa kecantikan yang Allah beri itu hanya bersifat sementara. Maka oleh itu haruslah kita hargai dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Jangan mengubah secara keterlaluan yang boleh memudaratkan kecantikan asli yang Allah bagi.

11 comments:

  1. Oh, olay total effect ye ...? hmmm ...

    I ni hantam saja basuh muka dgn sabun mandi .. sama cuci badan, sama cuci muka .. tak pernah ku kesah ...

    sampai la satu hari makcik cleaner kat toilet see me without tudung (sbb nak ambik widhu), dia buat remark:
    "Comei muko mek ... putih. Pakai gapo?"

    I was like ... "huh?"

    Senyum je la ... flattering gak ... anyway, alhamdulillah sbb Allah bagi kulit yang tahan lasak yg tak berapa nak kesah ada mosturizer ke tak ... :p

    ReplyDelete
  2. tak berapa nak pandai pasal olay2 nih.. tapi orang tua2 kata nak muka licin makan tomata banyak-banyak..
    kalau kita seorang yang kuat makan, petua ni amat mujarab..

    ke guaner?

    ReplyDelete
  3. Fisha, bagus ada kulit kental macam ni. Senang nak jaga. Selalunya orang yang berkulit cerah agak sensitif dan perlu penjagaan rapi.

    ReplyDelete
  4. Pie', betul tu. Sebab tomato ada vitamin C. Buat jus tomato atau makan saje macam kita makan epal tu. Sedap....

    ReplyDelete
  5. Oh, you guna Olay ye? I pula cuci muka dengan pencuci muka Gervenne sejak tahun 1993 lagi sampai sekarang I guna Gervenne. dah 16 tahun I jadi pengguna setia product tu.

    Jangan cuci muka guna sabun oi, rosak nanti kulit wajahmu itu.

    ReplyDelete
  6. Kashaf, cuci muka ngan Olay tapi kena buat scrub juga 2 kali seminggu. Scrub Eija suka guna Appricot St Ives. Bagus la. Ada juga orang lelaki yang care pasal muka ni. Licin betul kan your face.

    ReplyDelete
  7. Fisha: Dengaqlah nasihat Kashaf tu. Sekarang tak nampak, tapi bila tua nanti akan nampak ketara.

    ReplyDelete
  8. Sorry guys ... I just couldn't care less ... plus, it runs in our family .. tough skin till the end!

    Anyway, thanks for the advice though ...

    ReplyDelete
  9. Pijat2,
    Washing face by using ordinary bath soap will ruin your face. Kulit wanita lebih nipis dan lebih sensitif daripada kulit lelaki.

    Eija,
    I cuci muka 2 kali sehari, pagi sebelum gi kerja dan petang selepas balik kerja. Tak payah guna apa segala scrub bagai tu. Lepas cuci muka tu keringkan dan sapu dengan krim nenas Nirmala Sari beli di central Market, KL.

    Satu lagi, banyakkan minum air masak atau air mineral, untuk mengekalkan kelembapan kulit. jangan sampai Dehydration.

    ReplyDelete
  10. @ Pie : buat la jus tomato... :)
    @ Fisha : bertuahnya..!
    @ Kashaf : rajin betul ko ye !

    ReplyDelete