Friday, June 5, 2009

Happy Belated Birthday Mak







Semalam Khalis menyanyikan kepada Mak lagu Happy Birthday dengan suara yang sengau dan serak-serak basah dek selsema yang masih berbaki lagi. Mak tak leh cakap lama-lama coz Manja (Adik bongsuku) nak bawak kluar belanja Mak makan sempena her birthday.


Semua orang sayang Mak kita kan. My Hubby selalu membebel-bebel pasal Mak Mertua, tapi selalu saya cakap, "Alah, apa2 pun your mother. Syurga kan bawah telapak kaki Ibu." Walaubagaimanapun, nampak perubahan yang ketara apabila Hubby melihat sengsaranya saya di labour room lebih kurang 1 jam lebih semasa melahirkan Khalis. Hubby lagi appreciate Mak Mertua and saya selepas itu.


Mak saya bernama Seleha binti Hj. Abdul Aziz. Lahir pada 4 Jun 1951. Emak agak tegas tetapi amat lemah lembut. Kalau nak pukul anak2 jarang sekali, tetapi saya rasakan saya la anak yang paling banyak kena cubit sebab "ketegaq" atau degil. Kalau saya nak yangtu yangtulah. Jangan suruh buat yangni. Degil2 pun saya paling rapat dan pandai masak masakan Mak.


Mak sangat pentingkan pelajaran sebab katanya dia dulu pandai tapi main2. Maklumlah ikut cite mak dulu2 dia gi sekolah ada driver (Arwah Tok bekas Kadhi Besar Pulau Pinang, kalau tak silapla). Disebabkan orang dulu2 tak begitu galakkan anak perempuan belajar tinggi2, maka Mak pun termasuklah sebab dia anak perempuan yang bongsu, lagila dijaga rapi oleh Tok. Tak boleh lupakan ada satu masa tu saya ada banyak kerja sekolah, pukul 10 pun tak siap lagi tapi Mak tetap tunggu saya sampai saya siapkan kerja sekolah. Terharu rasanya. Masa sekolah dulu jugak, Mak terlalu jaga saya sampaikan sukan pun tak boleh masuk. Takut nanti gelaplah. Ada parutlah. Percaya atau tidak, kaki saya langsung takde parut kecuali di lutut. Saya start ada parut sebab naik gunung le. Saya start aktif sukan itupun netball dan 4x100 meter semasa darjah 5 sampailah sekolah menengah.


Keluarga Mak ada 9 orang dan Mak anak ke 8. Menjadi adik kesayangan Abang2nya. Berbalik dengan pelajaran tadi, Mak takkan bagi anak2 buat kerja rumah tolong Mak segala tak habis kerja sekolah. Jadi saya selalu cepat habiskan kerja sekolah supaya dapat tolong Mak kat dapur. Tapi benda yang paling saya tak suka dan tak pandai buat adalah menyiang ikan. Saya hanya pandai siang ikan (tu pun kadang2 hancur dibuatnya) lepas form 5.



Mak seorang yang sangat penyabar dengan karenah anak2 dan juga Ayah. Saya sangat respect Mak yang mana sesabar saya pun boleh naik angin monsun kalau dah capai tahap maksima. Selalu ingatkan anak2 berterima kasih kepada Ayah kalau bawak keluar makan dan belanja kitorang semua. Amat bersabar sebagai surirumah sepenuh masa. Mak seorang yang berjimat cermat macam Ayah jugak. Kalau buat kerja begitu teliti kerjanya. Antara anak yang mengikut perangai Mak adalah saya dan Abang saya especially bila bab mengemas rumah. Tidak pernah jemu melatih, menegur, mengajar anak2 cara dan adab dalam kehidupan.


Masakan Mak tiada tandingan sampai Hubby kalau nak balik Penang dah siap2 menu nak makan apa. Demand jugak menantu sorang ni. Anyway Mak dah sedia bahan2 kalau tahu menantu sorang ni nak balik sebab kalau nak dibandingkan dengan menantu sorang lagi iaitu Abang Ipar saya, Hubby lebih kuat makan.


Pengorbanan seorang Ibu memang tak dapat kita balas kecuali dengan doa dan ingatan kepada mereka. Saya merasakan bahawa pengorbanan yang paling besar sebagai seorang Ibu adalah ketika melahirkan anak. Tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya Mak semasa melahirkan kami semua memandangkan Mak bersalin di rumah kecuali Manja di hospital. Sakit yang dirasakan saya berlainan tapi nasib baiklah ada corong oksigen so masa contraction saya sedut dan rasa lali. Tapi Mak, secara biasa tiada pelali, tiada epidural. Nafas saya rasakan begitu semput masa push.
Saya amat terharu kerana saya dijaga bagaikan puteri semasa pantang kedua-dua anak. Kalau tidak mau agaknya berat badan bertambah selepas bersalin tapi berat badan back to normal selepas habis pantang.


Saya rasa amat terharu apabila Mak mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga Allah murahkan rezeki semasa belanja Mak & Ayah ke Bandung. Bagi saya, apa la sangat dengan apa yang saya buat berbanding pengorbanan Mak & Ayah selama 32 tahun ni. Atas doa Mak dan Ayah kita berjaya di dalam bidang yang kita ceburi. Terima kasih buat Mak yang sentiasa berkorban masa dan tenaga untuk kebahagiaan keluarga. Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat.



Selamat Harijadi buat Mak.












No comments:

Post a Comment