Tuesday, June 2, 2009

My 6th Wedding Anniversary

Salam semua,

Semalam genaplah usia perkahwinan saya yang mencecah ke 6 tahun. Lawak2 dah 6 tahun saya jadik isteri orang.

Sebenarnya tak sempat nak buat entry semalam coz asyik tidur coz demam selsema. My Hubby kata entah2 kena selsema unta. Ish ada ka patut. Maka saya pun ring2 my partner and inform her tak masuk ofis. Tak pergi mana2 pun untuk celebrate sebab saya tak de mood dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sesungguhnya banyak kenangan pahit dan manis semasa 1 Jun 2003.

Antaranya yang paling sedih ialah apabila jam tangan Carven limited edition yang my Hubby belikan semasa our first dating hilang semasa saya tengah bersanding. Bermakna ada orang menyusup masuk masa bersanding coz Zurin ditugaskan jaga bilik masa tu kerana penuh dengan barang hantaran dan juga duit hantaran( yang disorokkan di dalam almari). Agaknya mesti orang tu amik masa Zurin keluar sekejap tengok saya bersanding. In fact sepupu-sepupu saya pun ada di luar bilik tapi diorang tak sedar tentang kehilangan jam tu. Yang tinggal kat atas dressing table tu hanya my Nokia 8310 yang juga dibeli bersama jam tu. Tak de rezeki la tu. Saya sangat sayang jam ni sebab ada sentimental value.

Yang kelakar dan mendebarkan saya adalah jurusolek tiba betul2 masa saya naik pelamin. Hish saya berpeluh-peluh menunggu untuk tukarkan warna lipstik dan juga touch up sikit. Disebabkan masalah komunikasi antaran Elin dan Tuuuuut . Disebabkan masalah komunikasi ni jugaklah yang membuatkan Elin merajuk dan Manja menangis terisak-isak cuba pujuk Elin tapi akhirnya Elin berjaya dipujuk untuk amik jurusolek malangnya tersangkut sikit coz jalan ditutup oleh Polis trafik atas ketibaan rombongan sebelah Hubby dah sampai. Maka jurusolek sempat touch up sikit kat atas pelamin tu.

Yang sedih jugak ada orang tak sempat makan kerana khemah penuh dan dikawal ketat. Kesian orang2 kampung, anyway selepas itu Ayah saya minta maaf atas kekurangan pada wedding day tu. It's beyond his control.

Tapi saya amat berbangga kerana mendapat kerjasama yang tidak terhingga daripada keluarga sebelah Mak dan jugak Ayah. Ketua untuk segala mesyuarat adalah Pak Tam saya sebelah Mak. Penegrusi majlis untuk acara persandingan adalah sepupu saya sebelah Ayah, Kak Ma. Ketua marhaban dan juga tukang baca doa untuk majlis persandingan adalah sepupu saya sebelah Mak, Abang Cop (Yusof). Sepatutnya selain marhaban, ada upacara khatam Al-Quran tetapi atas sebab2 tertentu maka dibatalkan pada saat-saat akhir.Bahagian pengurusan makanan dijaga oleh sepupu-sepupu saya kedua-dua belah pihak. Bentara terdiri daripada sepupu-sepupu saya kedua-dua belah pihak Mak & Ayah yang memakai baju sedondon dan bapa-bapa saudara saya sebelah Mak.

Bayangkan seawal 6 bulan sebelum majlis, bekas isi gula2, kami sekeluarga dah start buat memandangkan kami buat sendiri. Dan ia memang unik sebab selepas tu tak pernah saya tengok selepas wedding saya orang guna bekas ni. Sebenarnya design ni Mak belajar dari kenduri anak Mak Ngah sebelah ayah saya. Bekas2 kristal souvenir untuk VIP disponsor oleh Pak Cik saya sebelah Mak. Bunga2 hiasan yang serba biru untuk bilik pengantin pulak disponsor isteri sepupu saya sebelah Ayah, Kak Mas. Kotak2 hantaran dan hiasannya saya buat sendiri kecuali pot pouri sebab jiran sebelah beri-ria nak hadiahkan untuk wedding saya. Barang2 untuk hiasan hantaran banyak saya beli di KL sebeb murah kat mana lagi kalau tak kat Sayang You, Semua House KL. Sebahagian gula-gula dibeli oleh sepupu saya sebelah Ayah. Alhamdulillah. Inilah yang orang katakan rezeki. Ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menolong untuk wedding ni kerana agak besar jugak la belanjanya.

Ucapam terima kasih yang tak terkira jumlahnya buat Mak dan Ayah yang support tenaga dan juga wang ringgit untuk melancarkan wedding ni. Tak terlupa diucapkan kepada orang2 kampung yang banyak menolong dan Polis trafik yang mengawal trafik seawal sehari sebelum wedding dan semasa wedding kerana jalan dalam menuju ke masjid ditutup seketika ketika rombongan sebelah Hubby sampai. Maklumlah big boss nak sampai kena la buat kerja betul2.

Antara kawan2 yang hadir Nazeera, Shahida, Acat, Fahmi, Penang, Abang Nazri sekeluarga dan my despatch boy (John dr kl tu). Orang yang paling sibuk menolong saya adalah sahabat karib saya sendiri, Zurin yang datang awal sehari dan balik sehari lepas kenduri. Tak lupa jugak Azah, roommate saya dan Zurin masa final year datang 2 hari sebelum sebab abang dia kahwin sama dengan tarikh saya kahwin. Heran jugak kerana Norin yang dekat tak datang. Mungkin ada hal kot atau banyak kenduri hari tu. Tapi saya takut juga ada yang tak dapat kad jemputan sebab Che Mad mengadu kat Fahmi kata saya tak jemput, walhal saya dah poskan kad2 tu pada semua budak UIA-KUSZA kecuali ......

Selepas tu, penat pulak majlis sebelah my Hubby iaitu pada 8 Jun 2003 di Shah Alam untuk sedara mara, kakitangan dan kawan2 mertua dan 11 Jun 2003 untuk tetamu terhormat di Sheraton Subang. Anyway ramai jugak kawan2 datang di Shah Alam antaranya Ellis, Etty, Fidah, Fuzah, Hanif, Principal Hafsah College dan orang2 kuat Musyrif Council, UIA. Tapi saya agak terkilan sikit pada majlis 8 hb Jun kerana saya hanya sempat pakai anak tudung sahaja bersama tiara yang dah secara tak sengaja dijahit diatasnya oleh Radzuan dan tak sempat nak buka balik untuk pakai tudung. Tak sangka pulak majlis ni ditayang selepas Bulletin Utama malam tu. Malu jugak sebab terbuka sikit kat bahagian dada. Majlis kedua kat Sheraton berjalan dengan baik. Berdebar jugak tunggu Radzuan yang tersangkut dlm jam. Alhamdulillah pada malam tu, Sultan Selangor, PM, TPM and most of the Menteri hadir. Masa nilah saya dapat bersalam dengan kesemua Menteri dan Isteri yang hadir pada malam tu. Pengalaman yang takkan saya lupakan.

Dan pada malam tu semasa makan Tuanku Sultan Selangor bertanya nak honeymoon ke mana? saya pun beritahu antara dua tempat ni. Keesokan harinya diberitahu yang Baginda Sultan bertanya bila tarikhnya sebab Baginda Sultan akan sponsor untuk penginapan selama di sana. Wow, dalam kategori boutique hotel. Kalau sendiri punya duit mungkin 2 3 kali gak fikir nak bayar. Menjunjung kasih Tuanku. Itulah yang dinamakan Rezeki apabila kita berkahwin, melimpah ruah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat suami yang menerima saya seadanya, menerima segala kekurangan diri ini luar dan dalam dan paling banyak bersabar dengan karenah saya yang kadangkala berangin ni. Terima kasih kerana menyayangi saya dan anak2 dengan penuh kasih sayang. Semoga jodoh saya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga ditambahkan zuriat lagi.Amin

9 comments:

  1. Happy Anniversary...sentiasa mendoakan kebahagiaan ke anak cucu...

    ReplyDelete
  2. Thanks. Same to you. Alamak, baru tahu you just balik from Umrah. Kalau tidak bolehla minta sampaikan salam buat Rasulullah dan doa untuk tambah zuriat.

    ReplyDelete
  3. I doa secara khusus untuk Musyai sbb dia mintak sangat... Lepas tu doa secara am kawan-kawan yang ingat pada saya supaya dimurah rezeki dan dijemput ke Tanah Suci.

    Your umrah trip looks expensive la...hehe...

    ReplyDelete
  4. Rezeki for first timer kot. I ikut group special request sebab nak tolong cukupkan kuota diorang. Jadi kitorang pun join this group. Alhamdulillah smooth dan amat puas hati especially food. Amat berpuas hati dengan Triways. Tp tak dapat rasa pengalaman naik bas ke Madinah coz semuanya by flight. Rindu dan nak gi lagi. takleh nampak Kaabah rasa sayu je.

    ReplyDelete
  5. Syukran jazilan. Ya Abu Wajdan. Barakallahu fik wa usratika.

    ReplyDelete
  6. eija...semoga bahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  7. K. Alin, thank you. Hmmmm. Nak tunggu K.Alin pulak le. So far, tak sempat nak merasa nasi minyak orang Melaka lagi. Sian Zurin, tak dapat nak gi wedding dia coz Hubby masa tu outstation.

    ReplyDelete
  8. Opps. tak lupa juga buat Musyai dan Kepet yang kahwin pada hari yang sama. (kalau tak silap la)

    ReplyDelete