Monday, March 30, 2009

Resepi Popiah Goreng




Assalamualaikum.....



Hari ni nak share satu resepi yang menjadi kegemaran keluarga mertua. Alkisahnya, Mak Mertua suka buat sebab nak galakkan anak-anaknya makan sayur especially pada bulan Ramadhan (Maybe this is a good suggestion to my fren Kepet as he tak makan vege but not sure whether he dislikes vege or tak boleh makan).


Popiah goreng mahupun epok2 adalah kegemaran suamiku yang mana Mak Mertua pernah cerita my Hubby pernah makan sampai 15 biji popiah semasa berbuka puasa tapi terpaksa berhenti makan coz tetiba je taik cicak terjatuh dalam pinggan dia. hahaha semua orang ketawakan dia. Indirectly maknanya Allah suruh berenti makan le tu.

Resepi ringkas, sekejap je dah siap.


Bahan-bahannye:

Kulit popiah- tak payah buat sendiri beli je

1 biji bawang besar- dicincang

2 ulas bawang putih- dicincang

Isi ayam- dipotong halus2

Isi Udang-dipotong halus2

3 biji ubi kentang dipotong dadu-kalau kecik sangat banyakkan sikit

1 batang carrot-dipotong halus2 macam mancis api

1 ikat kacang buncis-dipotong halus-halus

2 batang daun sup-dipotong halus2

1 kiub perasa ayam

1 sudu kecil lada sulah

Garam secukup rasa

Sedikit minyak

1 biji telur-untuk melekatkan kulit popiah.




1.) Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar & bawang putih.

2.) Bila dah kekuningan masukkan ayam dan udang.

3.) Bila dah separuh masak, masukkan ubi kentang dan biar separuh empuk.

4.) Masukkan kiub ayam dan garam.

5.) Masukkan carrot dan kacang buncis hingga separuh masak.

6.) Last sekali masukkan daun sup dan lada sulah. Kacau dan tutup api.

Jangan biar inti terlalu masak nanti hilang zatnya.



Proses seterusnya balut popiah ikut kretiviti masing2. Inti ni boleh juga dibuat untuk epok2( karipap sayur). Pastrynye boleh dibeli kat Cold Storage, Giant,Tesco not sure on Carrefour.



Alamak lupa lak bagi bahan2 untuk buat kuah cili.



2 biji cili- lebih kalau nak pedas

Sos cili (lebih sedap kalau guna sos tomato)

Garam & gula secukup rasa

Sedikit air suam


Semua bahan ni masukkan dalam blender dan blend sampai halus.

Oklah. semua. Selamat mencuba. Anak2 Eija makan popiah atau epok2 tanpa membuang intinya yang terdiri daripada sayur tu. Berkesan bukan? Bahan2 sayur boleh ditukar tambah ikut suka nak bubuh apa pun asalkan sesuai dibuat inti.



2 comments:

  1. baguih 2x, leh jd nutritional expert eija ni...

    ReplyDelete
  2. Ajak, amin. Teringin nak amik short course utk kursus masakan dan sains pemakanan. Try cari masa yang sesuai coz bercita-cita nak buka kedai makan suatu hari nanti bila dah bosan sangat in legal field.

    Anyway kepada semua, untuk kuah tu lebih sedap gunalah sos tomato.

    ReplyDelete