Wednesday, March 18, 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYAH

Tak sempat nak masuk dalam post. Anyway dah wish ari Senin dah to my beloved Father, Hj Ashari bin Hj Abdullah.

Nak cerita sikit pasal Ayahku ini. Dilahirkan di Bayan Lepas pada 16 Mac 1938. Ish. dah 71 dah Ayah tapi rambut satu uban pun tak dak. Yang beruban cuma janggut dia. Pelik kan?

Ayah seorang yang tegas. Tak cakap banyak. tak boleh duduk diam. Ada aje kerja yang dia buat.

Seorang yang mementingkan disiplin kalau tidak takde le kami semua pegang ijazah sorang satu. Bab disiplin ni yang syok cerita. Sebab tulah di sekolah saya dikategorikan antara orang yang ikut peraturan sebab dah terbiasa dengan disiplin di rumah.

Dalam semua adik-beradik, saya dan adik saya Shariman yang paling nakal sebab kami ni geng degil gak (sama umur sebab lahir pada tahun 1977). Maka, macam2 yang kami buat dan kena denda kat rumah berbanding ngan kakak(Shariha) dan abang (Shahar) kami yang a bit lurus tu.

Antara yang saya ingat la, pernah kena rotan, kena berkurung dlm mini library, kena pandang dinding dan macam2 lagi.

Nak tahu nape kena rotan? Gini ceritanya. Memandangkan saya dibesarkan di kawasan perumahan, maka akan excited kalau tengok kampung. Bersebelahan kawasan perumahan kami di Taman Senangan, Butterworth ada sebuah kampung yang ada paya. Bila selalu main kat playground selalu jeling2 kat paya tu. Maka suatu hari tu, bermulalah rancangan yang kurang bernas oleh adikku. Nak main kat paya, tengok berudu dan ikan. Kami pun keluar dari jurisdiction yang ditetapkan. Aku cuma tengok je, main tepi2 tapi kotor gak kakiku. Adikku seronok tengok ikan. Leka2 dah lebih pukul 6.30. Woi 6.30 dah curfew. Maka macam halilintar berlarilah kami balik ke rumah. dalam hati sahih kena marah nih.

Haa.. Depan gate Ayah dah tunggu dah. Alamak. Dengan senyum saya dan adik pun panggil "Ayah....."Bila dia tengok seluar dan kaki kotor piap kena sedas. Sapa suruh balik lambat? Kaki kotoq? Hangpa 2 orang ni pi mana? Dengan selamba boleh jawab lagi pi tengok paya. "Orang dah kata tak boleh main kat situ. Ketegaq!!!! Bahaya tau dak?!!!" Aduh sakit wooo. " Cuci kaki sebelum masuk rumah!" Lepas tu bab mandi plak. Saya memang akan terlepas sebab mandi lama sikit tapi yang selalu kena adikku la. Mandi tak sampai 2 minit. Macam mana Ayah tak angin. Pernah sekali tu Ayah gonyoh kaki adik kuat2 sambil kata " Nampak tak kuman ni? Banyak. Jangan mandi macam kerbau" Adik saya pun terpaksalah jawab walaupun tak nampak kuman.hahaha. Kami gelak kat luar. Tapi Ayah serius.

Bab pandang kat dinding plak sebab saya suka gaduh ngan adik nak masuk bilik air bila masuk Maghrib. Lalu dendanya pandang dinding 5 minit jangan cakap apa2. Dan selalu gak kena denda duduk dlm mini library (masa ni dah pindah ke kampung kat Bayan Lepas). Apa lagi kena kemas la. Baguk gak sebab instead of kemas saya baca buku. Malaysia kita la, Malay Dilemma la, Malaysian Constitutions, dan macam2 lagi. Haa. Kan anak dia ni dah jadi lawyer.

Haaaa. Lagi satu tak boleh tengok tv waktu malam kecuali berita. Pastu buat homework atau baca buku. tapi hari minggu boleh la. Tidur paling lewat kul 9.30. So, sampai sekarang saya kurang suka nonton tv kecuali rancangan yang best2 cam Desperate Housewives tu.

Itulah Ayah saya yang tegas. Tapi satu jer yang dia tak pernah buat. walaupun garang tapi tak pernah sorang pun daripada kami kena penampar. Dan Ayah selalu pesan kalau nak pukul anak2 jangan sesekali tampar muka, kalau geram sangat pukul kat tangan atau kaki.

Segarang mana pun Ayah, anak2 sangat hormat kat Ayah. Sanggup susah payah besarkan anak2 dengan gaji sebagai seorang Pegawai Gomen. Saya paling salute kat Ayah, dengan gaji macam tu hanya saya seorang yang disponsor JPA. Itupun tiap2 minggu dapat duit poket . (tu yang sometime jadi banker kat kengkawan tu..) Kakak, Abang & adik2ku fully sponsored by him (dr duit simpanannya). Bayangkan, Ayah seorang yang berjimat. Maklumlah, Mak surirumah sepenuh masa. Dan kami mendapat rumah seorang satu hadiah daripada Ayah. Katanya sebelum tutup mata biarlah dia bagi siap2 rumah kat anak2 takut nanti terjadi apa2 kat dia.

Kecik2 dulu , saya tak suka berjalan dengan Ayah bukan sebab tak suka dengan Ayah tapi sebab tak suka dengar orang asyik tanya Ayah especially Chinese " Lu bela anak angkat ke?" Mentang2 la aku putih Ayah aku gelap hangpa cakap aku anak angkat. Aku anak Ayah akula. Bila dah sebati ngan soalan tu ahhhh lantak la depa nak kata apa dan saya tak malu lagi nak pegang tangan Ayah bila berjalan.

Anyway, Happy Belated Birthday to my Father. Jasamu tak ternilai untuk dibalas. Semasa Form 5,tak boleh lupa pesanan pertama Ayah kat semua anaknya masa nak berangkat ke Mekah dulu,

" Jangan tinggal sembahyang. Tolong jangan tinggal sembahyang." Ya. inilah yang kami semua pegang yang membuatkan kami berjaya. Tapi boleh nampak riak muka sedih Ayah coz my result agak teruk. Semua tu dah saya tebus dengan apa yang saya buat sekarang yang mampu buat Ayah berbangga. Alhamdulillah.

6 comments:

  1. Ajak:

    Amin. Ya Rabbal Alamin. Berkat didikan Ayah, yang mana ada kurang tu ditambahkan sikit amalannya. Semoga taubatku diterima Allah. Amin

    ReplyDelete
  2. Pie':

    hehehe. Biasalah. Masih budak2. Pulak tu ada geng sekufu apa lagi, jadi aje projek yang kurang bernas tu. Lagipun masa kecik2 a bit tomboy coz atas Eija ada Abang dan selepas Eija adik lelaki, tu yang kurang feminin sikit. Kakak sulung pulak lemah lembut & lembik, eiii tu yang tak berapa geng sangat masa tu.

    Tapi hidup Eija berubah bila kena pindah kat kampung. Rebel gak masa tu sebab takde apa yang nak dienjoy kat kampung. Gradually berubah feminin sikit tapi masih lagi nakal sikit2.

    Pie', sebab nakal juga le pada mulanya Ayah tak bagi masuk sekolah agama takut Eija tak boleh adapt coz kena pakai tudung. Sampai bengkak2 mata coz nak masuk Almashoor Perempuan. Last sekali Ayah bagi dengan satu syarat kena istiqamah masuk sekolah ni tak boleh tukar sekolah lain.Dan terbukti kesungguhan Eija bila form 5 dapat pelajar asrama terbaik dari segi disiplin, akademik & ko-kurikulum. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Begitulah kasih ayah terhadap anak-anaknya. Kalau dia marah itu tandanya sayang.

    ReplyDelete
  4. kasyaf:
    dapat kurasa hati kebapaanmu itu.. ahaks

    eija:
    tahniah jadi pelajar terbaik. Apapun, ganaz jugak la. skrg baru tahu.. kalau tahu dari dulu, risau jugak nak gurau-gurau.. nanti.. berdebik.. ambik mu sutir!

    ReplyDelete