Tuesday, March 24, 2009

Hujan oh hujan.......

Issh panjangnya kereta hari ni. Hmmmm. Masing-masing bawak kereta slow. Lepas bayar tol tengok kereta mak aai panjangnya beratur. Selalunya time cenggini takde kereta sangat. Hari ni saya keluar rumah kul 10.00 coz masak sambal petai dulu (mak mertua suruh maid masak sebab saya buat sambal petai minggu lepas sedap, tapi dia tak tau buat sebijik masakanku, maka saya la kena masak).

Hujan renyai-renyai ni yang buat jalan licin. Patutla panjang sungguh barisan kereta hari ni. Sebab hujan jugak saya sampai lambat ke ofis coz lebih satu jam selalunya kalau lengang giler masa cuti sekolah boleh sampai dalam 25 minit je, hari2 biasa dalam 30-35 minit but today really late. And when I reached office, my watch already shown 11.15.

Bila drive dalam hujan ni, saya selalu tersenyum sorang2 coz there's one thing that I would never forget till now. Benda ni berlaku lebih kurang 11 tahun yang lepas.

Kejadian berlaku bila baru belajar bawak keta. Langit nampak mendung. pak cik yang jadi instructor tu agak tua gak la. Dia cakap hari ni kita bawak kereta kat jalan kampung. Pak cik nak biasakan kamu dengan jalan lepas tu baru bawak kat route yang ditetapkan. Maka, saya dengan happynye bawak lah kereta kancil tu. Alih2 tgh jalan hujan lebat, maka dengan automatik saya bagi signal tepi dan berhenti.

Bakpe berenti? Tanya pak cik.

Hujan pak cik. Jawab saya.

Doh. Bile hujang dok bawak keta. Guaner ni. Bawak jugok. Pak cik kan ade. Kata pak cik tu.

Dengan muka yang penuh dengan ketakutan saya pun bawak le kereta tp berenti balik.

Laaa. Bakpe berenti lagi?

Lagi lebat pak cik. Kata saya.

Ya Allah. Habih tu kalu hujang lebat tunggu je tepi jalang. Guane nak luluh kalu bawak keta gini. Bawak jugak, pok cik nak tengok boleh ke dok?

Bismillahirrahmanirrahim. Saya start dan bawak sampai ke tempat belajar kereta dan pak cik buat tak tau je sepanjang jalan.

Dan sekarang, saya dah boleh bawak kereta dengan beraninya. Hujan lebat je, saya kuatkan semangat especially bila tak nampak jalan langsung pun saya tetap jalan tp slow macam kura2 dan jarakkan kereta serta pasang hazard light.

Dan hujan juga mengajar saya tentang tayar kereta. Sebelum ni, saya selalu condemn my Hubby yang obses untuk tukar rim & tayar. Pakai yang biasa2 je dahle. Nape nak pakai tayar lebar2. Kata my Hubby bukan nak mengada-ngada pakai sport rim & tukar tayar lebar tp berguna sebab grip tayar lebar lebih bagus daripada tayar standard. Diakui keberkesanannya.(and my Hubby terkejut badak bila saya nak tukar ke sport rim & mintak dia pilihkan tayar for my WIRA. Biar betul isteri aku ni. Betul ke Ayang ni?? Betul la. Hello, my own money ok? Pilih jelah, banyak cakap pulak. Akhirnya saya pun menikmati keberkesanan memandu kereta dengan tayar lebar ni. Tp sekarang WIRAku cuma tinggal kenangan)

Well, apa yang saya pelajari daripada pak cik tu amat berguna sampai sekarang ni. Cara pak cik tu membuatkan saya rasa konfiden di atas jalan raya tanpa ragu2. Thank you, pak cik.

Saya betul2 drive gi keje Januari 2007. Sebelum tu my Hubby la jadi driver ku yang setia. Dan pemberi semangatku adalah Ibu Mertuaku. tak leh lupa bila beliau selalu sebut " drive samseng sikit".

Raining??? No problem with me now. I can drive confidently cuma yang menyampah tu kereta berjela-jela kat KL ni bila hujan. Silap2 haribulan tersangkut dalam banjir.



12 comments:

  1. Ieja,

    Jangan pasang hazard light semasa hujan lebat. Just switch on lampu kereta saja. Kalau pasang hazard lamp nanti pemandu lain akan keliru eija nak belok kiri ke kanan ke.

    Ye, betul tu pakai tayar yang lebar dan sport rim at least size 16" lebih baik cengkamannya di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. Kashaf,

    Tula yang my Hubby membebel. Tak payah pasang hazard light tu katanya pasang bila berhenti kat tepi je bila emergency. Tapi kadang2 gatal tangan juga nak pakai hazard light bila tengok kat depan kelabu semacam je, tak nampak kereta langsung, lampu pun samar2 je.

    Eija tukar tayar kereta pun selepas kereta Eija terlibat dalam accident yang melibatkan 5 buah kereta 2 tahun lepas.Berdentum disebabkan kereta di depan sekali brek mengejut nak elak anjing hitam lintas jalan.

    ReplyDelete
  3. Saiful:

    Sebab I belajar memandu kat Ganu le....Tak ingat nama driving school tu tp yang dekat2 jalan nak gi airport tu. Cuba ingat balik 11 tahun yang lepas kite belajar kat mane?

    ReplyDelete
  4. La dapat lesen ganu ke? apsal x drive masa di KL hari tu?????..... :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tn Hj Sepu, I pernah bawak your TS 1219 tu kat UIA Gombak. You lupe ker???? tapi rasanya sekali dua je kot.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam makcik....Arkkk...betulla..masa tu takut betul...hahaha... Apa pun its good to hear you are brave mother... Drive With Confidence

    ReplyDelete
  7. Saiful, tu dulu2. Makan masa gak to bring back my confidence coz dah lama tak drive. Anyway berkat kesabaran my Hubby train I setiap petang tanpa jemu, I dah boleh drive balik.

    Dan pencapaian terbaik buat masa ni adalah drive pegi balik ditemani my mother in law dari S Alam ke Penang dan Penang ke S.Alam to attend my cousin's funeral on 13.10.2008 coz my Hubby went outstation. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Try 4x4 like Pajero. Ur favorite was Vitara rite?

    ReplyDelete
  9. Hmmmm. Ingat lagi my favourite ah. New Vitara dah lain sikit, kan.

    Tak leh nak try Pajero coz dijual sebelum kawin. Anyway, 4x4 yang dah ditry Kembara DVVT(pun dah dijual).My Hubby's 4x4 tak pernah try coz manual . hahaha. I cuma pandai bawa kereta auto.

    ReplyDelete
  10. My kancil was manual. Kereta belajar pun manual. So sama je. Cuma kalau kaki pendek x leh kut (not refering anybody).

    ReplyDelete
  11. I stick and setia with my 2003 Wira aeroback ... For better or for worst .. for sick and health ... dengan dia je aku merentasi banjaran titiwangsa dan liku2 jalan di Grik itu ...

    Best record - 3 jam, dr Dungun-KL (normally 5hrs) and 7 jam DGN-KGR (normally 9 hrs) ... I'm so proud of my RF4053!

    ReplyDelete