Friday, March 6, 2009

Selamat Jalan Sunarti........

Sunarti: Cik..... Boleh nggak saya bawa balik baju2 yg Cik beli tu?
Saya: Boleh.(sambil berair dah mataku)
Sunarti: Cik.... Boleh nggak saya bawa balik selipar cantik ni? (sambil menunjukkan selipar cute yang saya beli last week)
Saya: Boleh...

Sedih sangat. Nak tau nape? My Hubby and I terpaksa mengambil keputusan drastik menghantar balik Sunarti dalam masa yang terdekat sebab laporan daripada FOMEMA tersangkut. Masa dapat call drpd klinik hari Selasa tu bagai nak luruh jantung,Sunarti unsuitable coz dia ada TB and also positive Hepatitis B. Bayangkan betapa bahayanya sebab dia handle my kids.

Macam yang saya letak dalam my first post, Indonesian medical report selalunya tipu. Tula. Rasuah sana sini. Medical report pun boleh beli. Yang jadi mangsa majikan kat Malaysia ni yang dah bayar beribu-ribu kat ejen. Tu yang bengang giler ngan ejen bila dia mintak lagi RM2,000.00 sebab ambil gantian ni. Nasib baik le panjang akal sikit hari tu. Saya cakap hanya akan bayar bila lulus medical check up. Haa. kan dah tak lulus. Kalau dah bayar hari tu melopong le jawabnyerrr.

Bagai nak nangis. This week is really a hectic week for me coz hari Selasa aje tak gi court. Siap atur kes dari Mahkamah Sesyen sampai la Mahkamah Rayuan. Bila dengar Sunarti punya medical result sampai tak tau nak cakap apa.

Hmmmm rasanya dah lama tak banjir ni. Akhirnya Ratu Airmata ni pun banjir le tak dapat ditakung lagi. Sedih sungguh.....sebab:

1) Duit dah rugi lagi (pulak tu kena beli tiket kapal terbang untuk dia balik);
2) Sunarti baik & jujur;
3) Sunarti pandai buat kerja;
4) Budak2 dah baik ngan Sunarti;
5) Sunarti banyak meringankan kerja2ku (disebabkan kerjanya cekap & teratur)
6) Sunarti naif. very naif;
7) Sunarti miskin (bayangkan dia hanya bawak 3 helai baju je bila dtg ke sini)

Dah dapat maid yang baik sakit plak. Nasib....nasib....tp aku redha dgn ujianmu Ya Allah.

Lalu, hari Rabu tempah tiket, Khamis pagi my Hubby urus ngan Imigresen dan petang terpaksa hantar dia balik. Sedih sangat. Kesian pun ye. Datang sini nak cari rezeki halal, takleh pulak. Di Airport, saya minta belas ihsan untuk hantar Sunarti sampai ke dalam. Nasib baik, Polis bantuan tu bagi. Ye le, mana la dia tahu nak check in kat mana? Masuk gate mana?

Bila bagi duit poket, dia sedih sangat sebab dia ingat tak dapat duit langsung. Sepatutnya satu sen pun tak payah bagi. Tapi sebagai umat Islam, kita masih ada sifat keperimanusiaan. Takkan la nak biar dia berlapar tanpa sesen pun balik ke sana hanya kerana kita tanggung tiket and everything. Tapi Cha Ya Nun Alif akan buat begitu. Believe me.

So, selamat jalan Sunarti. Pesanan terakhirku: " Kamu balik sana, cari doktor berubat. kalau dah sihat boleh datang balik kerja di sini."

Saya agak mengamuk ngan ejen sebab diorang tak bagi saya hantar balik, suruh hantar kat diorang dan repot kata lari. Saya tak setuju sebab nanti majikan kena denda & boleh diblacklist. Kalau tak setuju, diorang suruh hantar juga kat diorang, diorang akan hantar dia ke Tanjung Balai (pelabuhan Indonesia) dan Sunarti masuk semula ke sini. So, diorang akan dapat duit lagi dan Sunarti akan dapat majikan baru. nanti majikan baru pulak akan rugi sebab medical tak lulus. Betapa busuknya hati diorang nie. Memperdagangkan orang untuk mendapat untung.

Akhirnya, bila dah keluar dari airport saya pun sms kata dah hantar balik Sunarti. Melopong le diorang. Niatku hanya satu, tak mau ada lagi majikan yang tertipu ngan permainan ejen nie. Satu lagi, kesian Sunarti ni memang kerja dia ikhlas nak cari rezeki kat sini berbanding ngan maidku yang lain. Moga2 dia balik berubat. Bayangkan, kalau Sunarti sakit dan jaga budak2. Tak ke bahaya.

Last but not least thank you very much to my beloved Hubby sebab banyak tolong uruskan perihal maid minggu ni dan jugak anak2. Memang tak terurus sikit minggu ni ,terkejar-kejar dari court balik ofis and check advise release coz next week nak fly ke Hong Kong. Hmmmmm lega dapat bercuti ni. Thank you again to my Hubby.

17 comments:

  1. eija:
    best dapat cuti-cuti. jalan jauh-jauh. semoga dapat banyak pengalaman untuk dikongsi. selamat bermusafir :)

    ReplyDelete
  2. Pie:

    Syukran jazilan. Alhamdulillah dapat hotel berdekatan masjid. So, senang nak cari halal food.

    ReplyDelete
  3. Salam, think I saw u and ur maid Thursday eve at LCCT. Hope everything is alright. Like Pie's wish - happy travelling, have a good vacation.

    ReplyDelete
  4. kan setiap kesusahan tu dtg dgn kebahagiaan. Xpe eija, cari jer maid lain...

    ReplyDelete
  5. kalau dah bukan jodoh, nak buat macam mana...memang susah nak dapat maid yang baik, tapi bila dah dapat, lain pulak ceritanya...banyakkan bersabar...

    selamat bercuti dan aku tak nak pesan apa-apa, cuma kalau ada duit lebih belikan aku buah tangan...hahaha (gurau aje ye)

    ReplyDelete
  6. Sunarti itu orang jawa ke? kalau ye, memang patutlah. Orang jawa lemah lembut berbudi bahasa dan rajin. Huhuhuhuh.

    ReplyDelete
  7. Ajak:

    Memang kena byk bersabar.Sabar. Sabar.

    Kasyaf & Ajak:

    Orang Jawa baik hati, rajin & lemah lembut. Diakui betulnya.

    ReplyDelete
  8. Kepet:

    Hahahaha. Nak, mai la amik kat ofis I. Reserve for Kepet only. Ahaks. Anyway, barang2 kat sana mahal2 belaka especially kat Disneyland.

    Bayangkan nasik kosong harganya HKD22.00. Convert duit kita dalam RM11.00 la.

    Sekadar nak kenal negara orang boleh la. Kalau nak shopping till u drop baik gi Bandung.
    (Bab shopping kat Bandung tu boleh tanya K. Alin coz gambar dia kat Rumah Mode tu tarikhnya seminggu selepas tarikh Eija kat sana. hehehe)

    ReplyDelete
  9. Saiful:

    Thanks. I think that was me la if in black & white attire. Uruskan mana2 yg patut sementara tunggu my Hubby park his car. You ada travel mana2 ke that day?

    Really enjoy my vacation especially my two kids bila dapat jumpa Mickey & Minnie Mouse, Buzz Light Year, Cinderella and Princess2 yg lain.

    ReplyDelete
  10. cik eija, en sepon ade family day hari tu kat langkawi

    ReplyDelete
  11. Ajak:

    baik hati you kan tolong jawab.

    Saiful:

    Tu maknanya orang Jawa baik hati. Anyway mesti you & family enjoy kat sana kan?

    ReplyDelete
  12. Eija : Yupe..Bandung best..esp cuaca dia yg sejuk tu..release segala yg serabut kat kepala. Jakarta lak, serabut, haru biru.Shopping also best..tp kena hati2 coz barang2 nyer tak berapa kualiti sgt(if yg x ori la kan).

    Tp yg best tu kan..kebaya sulam dia cantik, halus n sgt murah.perfume kat airport Jakarta pun murah even guna USD.huhuhuhuhu

    Eija, org perempuan kan..bab shopping ni terrerrr...kan..kan..kan...hehhehehe

    ReplyDelete
  13. Got maid but from Medan.

    My office family day...biasa je, hectic coz too short time but yes it was fun + chance to know my staffs' family closer. It is small office anyhow, still surviving. Can browse through my blog and album. I bet yours was much more fun.

    Sorry don't have time to tegur you that day, already marching to balai berlepas. At first wondering - is that a lawyer wearing black n white laju je jalan tolak trolley.

    We have dream to go to HK Disneyland one day...but not now. Lucky you.

    ReplyDelete
  14. Ka.Alin:

    Yes.Yes.Yes. Sebab tulah my Hubby penat tak ikut habis masa kat Pasar Baru tu sampai handphone dia kena curi pun dia tak sedar. Isteri dia menggila angkut telekung ngan baju kebaja.Siap minta peniaga kat situ timbang berat la. Takut excess luggage la.Hehehe.

    Ohh. Pasal perfume tu jgn cakap la. My brother and I dah angkut siap2 kat SOGO Bandung.

    Tp barang yang paling dikenang sampai sekarang muslimah swimming suit (from top to toe), sampai sekarang simpan jer tak pakai lagi. Harga kat Malaysia ratusan dan cecah ribuan tp kat Bandung baru puluhan RM.

    ReplyDelete
  15. Saiful:

    Memang laju tak toleh kiri kanan coz normally for International flight I dah sampai awal 2 hours. Tp flight hari tu pukul 4.20 kul 3 lebih I baru sampai. Dah pulak tu my ex-maid first timer naik flight dr Malaysia.

    ReplyDelete