Tuesday, March 24, 2009

Resepi sambal ikan bilis & petai

Salam ,

Hari ni nak share resepi masakanku yang menjadi kesukaan Mak Mertua. Sebenarnya resepi ni belajar daripada Mak saya. Dulu masa duduk asrama sambal ikan bilis nilah pengubat kerinduan masakan mak. Actually resepi sebenar masuk kacang tanah goreng tapi nak ubah selera kat rumah tu maka satu hari saya try la petai. Sedap jugak. Maka, jadilah sambal ikan bilis & petai. Sambal ni adalah sambal kering, maka tahan lama.


Bahan-bahan:

Ikan bilis digoreng-agak2 satu piring besar
Petai-suka hati banyak mana nak masuk
Cili kering yang dikisar dengan bawang besar-at least 3 sudu besar, kalau nak pedas tambahkan lagi
Sos cili- kurang2 3 sudu besar gak
Gula & garam secukup rasa
Cuka
Minyak masak

Masukkan minyak masak. Dah panas, masukkan cili yang dikisar. Kacau sehingga kering dan masukkan gula. Bila sambal nampak berkilat, masukkan garam & sos cili. Kacau hingga sebati masukkan ikan bilis dan petai. Kacau dan akhir sekali renjiskan cuka dalam sambal dan kacau. (Cuka dimasukkan untuk mengekal kerangupan ikan bilis tu).

Tadaaa. dah siap pun. Berhati-hati dengan jenis ikan bilis coz ada yang tak rangup. Jadi, ikan bilis yang sesuai dengan masakan ini adalah ikan bilis belah putih tapi mahal sikitla. Sekilo dalam RM30 ke atas. (tapi sekilo pun boleh masak lagi,dan lagi dan lagi.....)

So, kengkawan. Selamat mencuba.

p/s: Maid mencuba berkali-kali tapi rasa tak sama. Kena air tangan tukang masak ni gak baru ada kick. hehehe

3 comments:

  1. eija, mmg betul memasak ni kene ikut orangnye. ape org kate, air tangan? saya suka sambal goreng wife sy, best sgt...

    ReplyDelete
  2. Ajak, wah camni boleh tukar2 resepi ngan your wife nih. Itulah keajaiban air tangan seorang isteri coz kekadang tu pakai campak aje bahan2 tapi tetap sedap.

    Memang betul orang tua2 cakap kan, nak ikat suami tu dengan masakan kita (isteri la tu).

    Lagi satu jangan lupa ucap terima kasih kat isteri yang bertungkus lumus memasak walaupun hanya sekadar telur goreng.Sebab Eija rasa terharu sangat kalau sekadar goreng telur pun Hubby still cakap "TQ Ayang".

    ReplyDelete
  3. insya Allah. tq for the tips.

    ReplyDelete